Searching..




CABARAN KOMIK ONLINE MALAYSIA KE - 7


karya peserta
Tooru Avocado

Takdir

....

Baca
Artmin

Hutang Nyawa

Mengisahkan perjalanan Tiga sekawan Aril ,Rajan dan Jun yang bermula dengan konflik kepercayan kepada kemampuan ahli Medik dalam pasukan mereka. Aril berpendapat mereka tidak memerlukan ahli medik dalam pasukan mereka lantas membuang Jun yang merupakan Ahli Medik dari pasukan. Disini bermulalah kisah mereka...

Baca
Safuan

Stage 4

Seorang pesakit telah menghidap penyakit kronik tahap 4 , para doktor sedaya upaya beri kata positif walhal masih belum sembuh sepenuhnya. Dalam operation terakhir kali ini dengan harapan berjaya atau sebaliknya.

Baca
Nur Fatihah

Seputih Salju

Kisah seorang perempuan yang berusaha untuk mencari ubat buat ibunya yang sedang sakit kulit, malangnya ubat tersebut sukar dijumpai didalam kawasannya. Dapatkah maisara menemui ubat tersebut supaya kesihatan ibunya dapat kembali seperti sediakala?

Baca

ID-Reis

Pasangan Kawal Penyakit

Mengisahkan sepasang pasangan suami isteri yang diminta oleh penduduk kampung untuk mengawal penyakit yang menular di kampungnya.

Baca
Nurain

Aku, Kucing & Doktor

Komik ini mengisahkan tentang seorang budak yang bernama Anas yang ingin menyelamatkan seekor kucing yang telah dilanggar lari.

Baca
Sen

Karam

Azman sekadar mengejar cita-cita, pemergiannya hanya seminggu. Tetapi semasa pemergiannya ituã…¡ mana mungkin apa-apa akan berlaku pada abang dan adiknya, bukan?

Baca
Muna, Kaysho, Fazz

Aku Bukan Wira

Cerita ini mengisahkan tentang Doktor Mukhriz, yang mengikuti jejak bapanya sehingga berimpian untuk menjadi doktor dari kecil lagi. Setelah ibu bapanya meninggal dunia, beliau rasa sangat tidak berguna dan hampir putus asa dalam impiannya untuk menjadi seorang "wira".

Baca

Aniff Zazali

Sunyi

Dua orang ahli pasukan medik telah dihantar ke sebuah stesen angkasa setelah mendapat panggilan kecemasan dari stesen itu.

Baca
Afiqsanukis

Abang Bulan

Mengisahkan pemuda bernama Soleh, seorang paramedik ambulans bersama rakannya yang bertugas menyelamatkan bapa dan anak yang terlibat dalam kemalangan jalan raya akibatserangan jantung.

Baca
Kerdas

Lawan

mengisahkan tentang sel darah putih sedang melawan virus covid-19 di dalam tubuh manusia.

Baca
Eddy

Cabaran Seorang Doktor

....

Baca

Reihaz

Luka

Zaid mengalami luka yang agak teruk di mukanya disebabkan oleh perbuatan ayahnya sendiri yang tidak disengajakan. Semasa rawatan, ayah Zaid, Raz, menceritakan bagaimana sel-sel di dalam badan hidupan menyembuhkan luka

Baca
Ahmad Wajihuddin

Rindu Ana

Ana seorang kanak-kanak wanita yang rindu akan ayahnya. Ayahnya pula tidak dapat untuk pulang ke rumah disebabkan kesibukkan menguruskan pesakit di hospital. Kerinduan Ana membawa kepada mimpi-mimpi terhadap ayahnya di hospital. Apakah yang sebenarnya berlaku terhadap ayahnya?

Baca
Muyiz

Rosak

Mengisahkan perjalanan hidup Hugh Herr yang berliku dan memberi inspirasi.

Baca
H.Q Anuar

Lelah

Kebosanan yang melampau telah mengakibatkan seorang kanak-kanak jatuh sakit secara tiba-tiba.

Baca

Yaya Okita

Demi Mereka

Mengisahkan pengalaman Dr. Suri dan Dr. Ali dalam melakukan rawatan terhadap Cikgu Talhah yang disyaki memiliki jangkitan hati kronik, tetapi guru muda itu berkeras untuk tidak mahu menjalani pemeriksaan di hospital ekoran kelengkapan pemeriksaan kesihatan di Klinik Desa Batu 5 tidak sebanyak di hospital.

Baca
Mamad Chan

Kaklong

Amir seorang yatim bercita-cita besar untuk mengubati kakaknya penghidap barah.

Baca
Komiku Yoshi

Kenangan

Hana seorang anak perempuan yang sayangkan keluarganya tetapi dia tidak dapat balik ke rumah kerana dia bekerja sebagai doktor. Demi menyelamatkan rakyat daripada penyakit virus covid- 19

Baca
Isma Leena

Aku Bukan Doktor Biasa

Mengisahkah seorang doktor yang sentiasa menganggap dirinya itu doktor biasa sedangkan dia itulah yang bakal menjadi seorang doktor yang luar biasa suatu hari nanti...

Baca

Zyll Fathe

MED.EXE

Berkisarkan situasi seorang pemuda misteri ingin menyelamatkan nyawa seorang warga emas yang mengalami sejenis kompilasi serangan jantung. Konflik terjadi apabila terdapat seseorang yang meragui kebolehannya dan cuba menghalang pemuda tersebut dalam usaha menyelamatkan warga emas itu.

Baca
Alexa Huke

Ayuh David!

Seorang remaja bernama David yang berputus asa dengan hidupnya setelah kehilangan kaki kanannya.

Baca
Firdaus

24 Jam

Mengenai seorang doktor yang sedang menjalankan misi bantuan kemanusiaan di sebuah negara Timur tengah

Baca
Mask_Hitam

Budak

Sirhan, seorang pemuda yang sebahagian daripada ahli jururawat barisan hadapan telah dijangkiti virus COVID-19 dan ditempatkan di pusat kuarantin. Sifat pentingkan dirinya hampir menguasai mindanya dengan mengatakan kehidupan sebagai jururawat COVID-19 tidak adil.

Baca

ROJAK

Ayahku, Wiraku

Diekspresikan dari kacamata seorang anak kecil, pembaca diajak mengamati jerih perih seorang ayah yang juga seorang doktor dalam pengorbanannya melawan wabak virus.

Baca
Farah Lina Daim

Seminit

Doktor Kamil yang baru selesai bertugas dan disapa oleh seorang petugas hospital lalu terlintas di fikirannya tentang kejadian hari ini.

Baca
ASTROSIVER2018

Kembarku

Abangnya Bernama karim seorang pengawai polis komandocbey (komando vat 69).Dia telefon abangnya minta datang hospital untuk perlukan kepakaran abangnya

Baca
Nazxyuki

Koma

Uwais, seorang bapa yang kehilangan isterinya yang merupakan seorang barisan hadapan bagi membendung penularan Covid 19. Suatu hari, Uwais terlibat dalam kemalangan dan disahkan koma.

Baca

RozuL

Semangat buat Wira!

Menceritakan mengenai seorang doktor muda yang bernama,Hairul.Dia telah mendapat tekanan dan berasa tidak selesa apabila virus Covid-19 ini telah meragut nyawa pesakitnya dan kebanyakannya mati d

Baca
BacTeria

Rama-rama

Seekor rama-rama mengembara di sekitar hospital sambil melihat drama dan realiti kehidupan di hospital.

Baca
A4, imn, Hakz

Pesanan Masa Depan

Kim, Ayu dan Amzar ialah pelajar sekolah yang menjalani hidup pada zaman virus Covid-19 sedang berleluasa. Ketika sedang berjalan pulang dari sekolah, tiba-tiba mereka ternampak sebuah ambulans berada di hadapan rumah Amzar.

Baca
Gray

Carl dan Doktor Zid

Kesenorokkan Carl membaca komik di klinik milik Doktor Zid menjadikan hubungan mereka lebih rapat.Carl memang suka cerita semula pada lelaki tersebut mengenai komik yang dibacanya

Baca

Zeroardz

Tular 20

Airul seorang pemuda yang berbakat dalam ilmu sains dan telah menemukan banyak penawar bagi pelbagai jenis penyakit dengan kepakarannya sendiri. Suatu hari dia dikejutkan dengan satu pesanan misteri dari telefon bimbitnya.

Baca
Nurul Akma

Dr. Syahid Zulkifli Bin Syeikh Mokhtar

Syahid atau Syah seorang lelaki yang penakut terutamanya apabila melihat haiwan kecil, dan darah.Dia tidak akan merasa apa apa kalau tak melihat nya terutamanya luka. Geram akan sifatnya, abahnya syah nak dia ambil bidang perubatan semasa memohon kemasukan ke universiti.

Baca
Firdaus

Doktor Malam

Tiap doktor mempunyai cara masing-masing untuk membantu pesakit mereka.. Ini kisah doktor malam membantu pesakit yang sedang koma.

Baca
Artdyba

Kerjasama

Seorang lelaki telah diserang oleh seekor jerung yang agresif ketika melakukan aktiviti scuba diving namun kerjasama dari pelbagai pihak yang membantu

Baca

Rongakboy

[dok.tor]دوکتور

Amir seorang remaja yang tidak tahu hala tujunya, jadi dia mencipta mesin untuk mencuba setiap kerjaya yang ada.Dia memilih untuk menjadi doktor tetapi dia tidak tahu cabaran yang bakal dihadapinya..adakah amir akan bertahan..?

Baca
Hassanah Hussin

Sabar

Luqman, seorang pemuda bertubuh gagah. Namun, sebagai manusia, dia masih perlukan semangat ketika dia lemah longlai menghadapi tekanan bebanan kerja yang melibatkan nyawa manusia.

Baca
Qissime

Nafas Baharu

Panggilan kecemasan adalah suatu perkara yang amat sinonim dalam hidup seorang paramedik yang bernama Arun. Sepanjang Arun bertugas sebagai seorang paramedik,dia telah melaksanakan tugas-tugasnya dengan baik di tempat kecemasan.

Baca
Tengku Tazzue

Aku Doktor Kontrak

Komik ini dibuat untuk menyampaikan mesej kepada pembaca tentang ketidakadilan yang berlaku terhadap doktor kontrak.

Baca

Aariph & Zamm

Pilihan Atas Pengorbanan

...

Baca
Shishilion

Inspirasi

Mila menceritakan saat waktu kecilnya dia dan temannya mei, bermain satu permainan bersama-sama dengan orang yang memberi inspirasi kepadanya

Baca
Yusuf & Dinnie

Nilai

Amran seorang pelajar yang menhidap penyakit tanpa penyembuh dan hampir berputus asa dengan kehidupan.

Baca
Lukiesan

Dok Tor

Makhtor merupakan seorang doktor yang meronda kampung untuk mencari penduduk yang memerlukan pertolongan medikal menggunakan motor.

Baca

Nur Zafira

Vaksin Covid-19 & Norma Baru

Mengisahkan tentang 3 orang misi, berlainan bangsa iaitu Melayu, Cina dan India, yang bertugas di Pusat Pemberian Vaksin. Sambil memantau keadaan di tempat tersebut, mereka mengemukakan pendapat masing-masing mengenai vaksin dan norma baru serta manfaatnya kepada masyarakat.

Baca
FLAN

Proses

Sempena cuti semester yang panjang ini saya telah membuat keputusan untuk menjadi sukarelawan di hospital berdekatan rumah saya

Baca
S.Hanna

Paramedik Musim Pandemik

Mengisahkan tentang kehidupan Harith yang bertugas sebagai doktor perubatan. Di wad zon kuning, Harith sering bertegur sapa dengan seorang pesakit COVID-19, Pak Mat. Pada suatu hari, Pak Mat tiba-tiba menghadapi sesak nafas. Adakah Harith dapat menyelamatkan Pak Mat?

Baca
North.Art

Shif Malam

Irman lepasan Universiti Jurusan Perubatan. Setelah 2 tahun mengangur, beliau berjaya mendapat tawaran kerja jawatan doktor di sebuah hospital yang terpencil..

Baca

Jiwazuro

Wira

Afiq, seorang pelajar perubatan begitu tekad untuk menjadi seorang doktor. Ini juga adalah kisah Afiq mencapai salah satu impian miliknya.

Baca
ToBeySyar

Kemanusiaan

Dr. Azman dipanggil oleh rakan-rakan doktornya untuk memaklumkan bahawa pihak berkuasa meminta Projek Pengklonan Manusia dilaksanakan setelah Virus-X telah melanda negara. Namun, Projek Pengklonan Manusia tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Baca
Arfa Zikry

Bulan Sabit Merah

Komik ini mengisahkan tentang seorang pelajar yang selalu memandang rendah terhadap unit uniform rakannya… Dan hanya dengan satu peristiwa sahaja persepsinya terhadap unit uniform tersebut telah berubah.

Baca
Ibnu TS

Catatan 26 Julai

Mengisahkan rutin harian seorang petugas barisan hadapan dan cabaran yang dihadapi mereka terutamanya ketika wabak pandemik Covid-19 ketika ini. Rutin harian ini dirakamkan dalam catatan seorang Doktor Perubatan Kontrak iaitu Doktor Khairi bertarikh 26 Julai.

Baca

Apique

Memang Tidak Sempatlah!

Mengisahkan seorang doktor muda bernama Aiman yang tinggal berdua bersama bapanya. Beliau sangat sibuk dengan pekerjaannya sehingga tidak mempunyai masa untuk diluangkan bersama bapanya, sehinggalah satu kejadian buruk berlaku.

Baca
Alp

Takut

Seorang perempuan bernama Noor tidak yakin dengan diri sendiri. Walaupun dia cuba mengelak dan tidak endah rasa takut dia selama ini, semakin hari ia menjadi semakin kuat dan tidak boleh dilawan. Tambahan pula kes covid-19 meningkat dengan pesat setiap hari ianya membuatkan emosinya tidak stabil.

Baca
ShahBlank

Disini Untuk Awak

Serangan virus X yang mendadak telah menyebabkan keadaan yang huru-hara di seluruh dunia dan juga Malaysia. Hospital di Malaysia kini diambang kejatuhan, apabila para barisan hadapan semuanya berada dihujung keupayaan mereka.

Baca
Zulfiqar

Tujuan

Kisah tentang seorang doktor bernama Danial yang mula mempersoalkan tujuannya menjadi seorang doktor setelah melihat banyak kematian sepanjang kariernya.Namun,pertemuan dan perbualan ringkas dengan seorang kanak-kanak berumur 7 tahun bernama Mia bakal

Baca

Luqman

Hilang Harapan

Adam Daniel seorang jururawat yang bersemangat kerana baru bekerja tetapi malang buat Adam, virus covid-19 menular menyebabkan adam penat dan "hilang harapan".

Baca
Rezwie

Pertolongan Cemas

Mengisahkan seorang penghantar Makanan yang berdepan dengan situasi kemalangan.

Baca
Hanya

Untuk

Malik, seorang petugas kesihatan yang ditugaskan di bahagian ujian saringan Covid-19 risau akan keselamatan diri dan orang terdekatnya. Tambahan, keadaan negara yang semakin gawat akibat peningkatan kes kumulatif telah memberi tekanan hebat kepada dia.

Baca
Shiran

Usaha Tak Usaha?

Dayana Dalila merupakan seorang lepasan pelajar USIM. Dayana menjadi salah seorang pesakit yang dijangkiti virus COVID-19. Cerita ini mengisahkan tentang perjalanannya bersama keluarga tersayang yang turut dijangkiti penyakit tersebut dan bagaimana dia serta adik-beradiknya menghadapi kehidupan seharian bagi merawat penyakit itu.

Baca

Yawowo

Sigma

Mengisahkan titian kehidupan pelajar medik yang penuh dengan aral gendala dalam mencapai konsistensi impian.

Baca
Nabil

Ketika Ini...Suatu Waktu Dahulu

Segerombolan virus yang melaksanakan misi serangan ke atas negara Malaysia

Baca
Khairil Kamarudin X Syahrizad

Selamat Hari Jadi

Mengisahkan Reza yang mencari dua kenalan media sosial miliknya dengan tujuan menyambut hari jadi mereka. Dari situ dia berjumpa buat pertama kalinya dengan Abang Harun yang sentiasa positif.

Baca
Shah

Ihsan

Ajwad, seorang doktor veterinar secara tidak sengaja menyelamatkan seorang budak perempuan bernama Raudhah. Sejak pertemuan mereka itu, Raudhah belajar erti sifat 'ihsan'.

Baca

Koih & Marham

Sedia Berkhidmat!

Hanya untuk wanita? tiada masa depan? hanya untuk mereka yang mendapat keputusan peperiksaan yang teruk? Itulah stigma masyarakat sejak dari dahulu lagi jika ditanya pendapat mereka mengenai pekerjaan sebagai jururawat.

Baca
Karot Marrot

Ilmu Dari Nenek

Pengembaraan Uni dan nenek sebagai perawat untuk merawat pesakit.

Baca
Aniff Zazali & Nisrina Ahmad

Habib

Seorang doktor yang mengimbau kembali peristiwa yang membuatkannya berminat akan kerjaya sebagai doktor.

Baca
AjwaMulia

Impian

Cita-cita tinggi Thariq suatu ketika dahulu yang sudah lama terkubur kembali bermain di fikirannya setelah dia bertemu dengan seorang doktor berbangsa Cina, Dr. Lee Jing Yi yang baru berpindah ke kawasan itu. Pada awalnya, Dr. Lee agak ramah dengannya namun semakin lama Dr. Lee

Baca

Jureena

Makmal Manuwan

Manuwan merupakan ahli perubatan palsu yang terdiri daripada haiwan kacukan (manusia + haiwan = manuwan). Komik ini menceritakan perjalanan dan keadaan huru-hara Manuwan dalam mengkaji virus Covid-19 di dalam makmal mereka, “Makmal Manuwan”

Baca
x-mature

Bukan Kau Seorang

Seorang doktor masih seorang manusia. Mereka juga ada kelemahan serta perasaan. Bukan kau seorang yang perlukan perhatian.

Baca
Norfaezah

Oh Vaksin

Komik mengisahkan tentang seorang perempuan yang menjalankan kehidupan norma baharu setelah pandemik covid-19 melanda.

Baca
Zulalina

Terima Kasih Doktor!

Tanpa sedar dunia telah diserang satu wabak penyakit iaitu CoronaVirus atau lebih dikenali sebagai Covid-19. Pihak kerajaan telah mengambil inisiatif

Baca

Wazif Bakhtiar

Citra

Seorang Doktor tua yang menyelamat dan meraawat seorang tentera penjajah yang cedera parah

Baca
Det's Art

Lemba

Mengisahkan seorang lelaki bernama Imran yang terselamat setelah mengalami kemalangan dengan menggunakan rawatan tradisional yang dipelajari daripada datuknya.

Baca
Zarul, Zulfikri & Najmi

Wira Tanpa Sedar

Situasi ketika sesi temu bual di antara doktor dan wartawan. Dimana wartawan bertanya soalan bagaimana doktor akan menyelamatkan dunia. Doktor menceritakan pelbagai cara yang orang lain gunakan untuk menyelamatkan dunia. Tapi pada mereka, cara mereka lain.

Baca
Chuci-kun

Fasa 1 : Muzdalifah

Seorang pawang diraja dari kerajaan Fadzim, Pawang Muzdalifah ditugaskan untuk mengawal wabak penyakit yang melanda kerajaan tersebut.

Baca

KiBO

Eliksir

Berikutan wabak misteri yang digelar "Sumpahan Sang Kelembai" melanda kampungnya, Azim, satu-satunya penduduk yang terselamat daripada kejadian itu, berazam memasuki unit Pengkajian Perubatan untuk mendalami ilmu-ilmu perubatan - di samping mencari kebenaran di sebalik ramuan misteri (Eliksir)

Baca
Mizi & Aniff

Tembak Bawah Kena Hidung

Mengisahkan seorang lelaki yang mula resah apabila dia didapati terkena satu penyakit aneh. Isu beliau menjadi tumpuan media malah dia diberi tawaran untuk menjalani rawatan di luar negara setelah viral di sosial media.

Baca
Nusyakirah

Perjalanan Airku

Perjalanan yang dihadapi oleh seorang doktor dalam menghadapi dugaan dan cabaran wabak covid-19

Baca
Sen

Doktor Belang

Kampung Arnab dilanda wabak penyakit misteri! Sebagai pemuda kampung yang langsung tidak terkesan dengan penyakit tersebut, dapatkah Pic dan Krim menyelamatkan orang tua kampung mereka?

Baca

Aristokra & Chang

Fad

Kisah mengenai seorang pelajar yang bernama Fadhli bertekad ingin belajar dengan hasrat ingin menghasilkan penawar untuk ibunya yang menghidap kanser. Tapi malangnya, ibunya telah pergi dahulu. Fad telah mendiamkan diri selama 5 tahun, melupakan hasrat awalnya.

Baca
Miu Rashid

Niat

Mengisahkan Anaqi yang ragu-ragu akan pilihannya sebagai pelajar perubatan.

Baca
Ami Rah

Peluang Kedua

Cerita mengenai seorang doktor pelatih yang sudah kepenatan dan meragui pilihan kerjayanya. Suatu hari, dia mengalami insiden yang memperbaharui semangatnya untuk terus berkhidmat.

Baca
Daus & Fitri

Balqis

Cerita mengenai seorang doktor pelatih yang sudah kepenatan dan meragui pilihan kerjayanya. Suatu hari, dia mengalami insiden yang memperbaharui semangatnya untuk terus berkhidmat.Doktor Nabila selaku doktor pakar bedah di Hospital Z dijemput ke rancangan televisyen yang bertajuk doktor pakar. Di segmen terakhir rancangan..

Baca

Eddy

Tunggu Aku

Kisah seorang lelaki yang terpaksa mengingglkan isterinya untuk melakukan tanggunjawabnya di Palestin.

Baca
Ameryu

Doktor Perang

Berlatarkan zaman pasca apokalips, Dr Farha memberanikan dirinya menjadi rekrut baharu tim perubatan Kesateria Inderabuana ke medan perang.

Baca
Sabrina & Nabilah

Pertolongan Cemas Semasa Berdaki

Supaya pembaca mengetahui tentang langkah-langkah yang boleh dibuat jika berlaku kecederaan kecil semasa mendaki

Baca
Nisrina A.N

Bah Kuning

Hospital itu kini seakan-akan berada di atas pulau yang dikelilingi air deras. Kegelapan malam tadi telah cukup menyeksakan. Mereka terdesak ingin keluar dari situ namun harapan tipis. Tetapi, berputus asa bukan pilihan.

Baca

Sarah

Api

Lily bergelut mencari semangat untuk meneruskan kursus mediknya.

Baca
Faiez Izwan

Emosi

Seorang budak perempuan yang berjalan-jalan di dalam sebuah hospital melihat pelbagai ragam pesakit di hospital bersama seekor kucing hitam.

Baca
Latip

Gaya Hidup Sihat

Syafiq selalu makan makanan tidak sihat. Satu hari, dia telah berjumpa doktor kerana sakit perut. Setelah berjumpa doktor, dia kini tahu bahawa kesihatan itu penting. Buakan sahaja penting malah merupakan tuntutan wajib ke atasnya sebagai umat Islam.

Baca
Coconut Nyok

Tetap Hidup

Hayyat merupakan seorang doktor muda yang bekerja di hospital dengan impian untuk menyelamatkan ramai nyawa manusia sejak kecil lagi. Akan tetapi realitinya kematian itu datang tidak kira tua ataupun muda sehingga membuatkan Hayyat mempersoalkan takdir.

Baca

Evarosarium

Dalam Kehidupan Kedua Ini, Saya Masih Seorang Doktor

Dalam kehidupan pertamanya, dia adalah seorang doktor yang sentiasa mengutamakan kerjanya sehingga ia menyebabkan kematiannya sendiri. Diberikan peluang kedua untuk hidup, ini adalah kisah perjalanan Arina menemui kembali apa ertinya menjadi seorang doktor.

Baca
ShahRulez X Nurejad

Awang X Penjaga Bunga Kuntum Biru Berduri

Mengisahkan Pengembaraan Awang yang memikul amanat Neneknya untuk mendapatkan Bunga Kuntum Biru Berduri Untuk digunakan sebagai ramuan utama dalam membuat ubat mutiara biru.

Baca
Arfa Zikry

Kajian

Mengisahkan tentang seorang remaja yang telah menamatkan zaman persekolahannya dan kini sedang menunggu masa untuk melanjutkan pelajaranya ke universiti. Hidupnya selepas menamatkan zaman persekolahnnya hanyalah diisi dengan permainan video sahaja. Suatu hari dia telah menemukan sebuah Pertandingan Komik yang bertemakan Medik dan menawarkan hadiah yang lumayan.

Baca
rin.rin.arts

Buka

Watak utama "aku" tinggal bersama adiknya, Ellya, tanpa menyedari bahawa mereka dibelenggu kemurungan. "Aku" merasakan dia tidak lagi mampu untuk menanggung segala yang sedang berlaku, sehinggalah munculnya sesuatu yang memBUKA mata dan akal fikirannya.

Baca

Cpelukis

Psychosis

Mengenai lelaki yang menghidap penyakit mental dan bagaimana penerimaan masyarakat terhadap dia.

Baca
Elly & Moondream

Diari Cinta Jururawat

Sham merupakan jururawat lelaki yang jatuh cinta dengan Dr. Susan. Namun....

Baca
Fienakin & Gray

SEEBEC :Misi Menyelamat!

Tugas mereka hanya satu - mencari dua lagi mangsa dalam serangan raksasa bernama Caster. Walaupun bandar yang dituju hanya tinggal sebatang kara , ia tidak mematahkan semangat mereka dalam meneruskan misi menyelamat. Juesoh yang pertama menjumpai mangsa, namun tak semudah itu apabila kehadiran dia dan mangsa dihidu Caster.

Baca
x_mature

Dangkal @ Jahil

Apa golongan 'itu' fikir sebenarnya? Adakah mereka sekadar dangkal dalam memberi fakta atau sememangnya jahil?

Baca

Tim Fi2ik

Maafkan Aku

"Maaf" sebuah perkataan yang sangat ringan di mulut namun tersangat besar makna dan impaknya dalam kehidupan seseorang, terkadang hanya dengan perkataan maaf mampu untuk mengubat hati yang luka, bahkan mampu memadam api kemarahan yang sedang membuak sekian lama, namun bagaimana seandainya perkataan maaf sekalipun tidak mampu memberi anda peluang kedua,

Baca
Alyssa

Penyelamat Sang Hero

Cerita ini mengisahkan tentang seorang budak yang mengalami tekanan jiwa yang melampau akibat tekanan yang diberikan oleh ibu bapanya serta orang disekelilingnya. Kisah ini juga adalah untuk buka pandangan orang tentang stress dan nilai-nilai murni yang perlu dititik beratkan dalam kehidupan.

Baca
Afiqnukis

Harapan

Dunia sedang dilanda malapetaka. Serangan makhluk ‘pemakan manusia’ mampu memanipulasi sel badan manusia menjadi suatu mutasi baru. Saintis di seluruh dunia berusaha mencari jalan untuk menghentikan serangan ini sehinggalah salah satu kelompok penyelidik telah berjaya menemui ‘ubat’ yang berpotensi.

Baca
Farzana

Impian & Fobia

Seorang budak perempuan yang bernama Ina bercita-cita untuk menjadi seorang doktor sejak kecil. Dia ingin menjadi seperti ayahnya. Namun begitu, dia mempunyai satu fobia yang menyebabkan dia melupakan hasratnya untuk menjadi doktor. Semasa di sekolah, dia pernah melarikan diri daripada mendapat suntikan tetapi cikgu dapat menjumpainya. Selepas tamat belajar,

Baca

Teh

Pasti Boleh?!

Nenek jatuh sakit, Alamak! Apa yang empat beradik raksasa kecil ini dapat lakukan untuk tolong nenek mereka? Sertai Awang, Harith, Arna dan Daniel dalam usaha mereka mencari penawar untuk nenek, berjayakah mereka?

Baca
Fana

Mata Hati

Vanessa, seorang doktor pelatih, bertemu dengan seorang pesakit muda. Mampukah beliau menggunakan mata hatinya untuk mengubati pesakit tersebut?

Baca
Ammar Solihin

Hikmah

Impian seorang pemuda untuk menjadi pelukis komik telah terkubur. Dia terus kecewa sehingga dia sedar, ada hikmah disebalik apa yang terjadi.

Baca
Maz

Rehat dan Rawat

Menjadi seorang pakar perubatan bukanlah suatu yang mudah. Banyak cabaran dan kekangan yang perlu didepani dalam membantu pesakit mendapatkan hidup yang lebih baik dan selesa. Doktor Faiz, seorang doktor berpengalaman juga turut terkesan dengan pandemik ini.

Baca

Astrosiver 2018

Dr Sabun

Doktor peperang, terampas Di bumi Dan merawat benda mati menjadi baru selain rawat kehidupan juga..ingin kembali ke dunianya

Baca
H.Kaizen

Janji Yang Tertunai

Doktor Maryam merupakan seorang ibu tunggal dan seorang doktor yang sibuk. Sewaktu pandemik Covid-19 melanda, beliau merupakan salah seorang frontliners di hospital dan menjadi dua kali ganda lebih sibuk dan tidak dapat pulang ke rumah semenjak itu.

Baca
Hezry

Fobia

Ery cuba menolong sahabat lamanya Razi yang menghadapi masalah fobia jarum suntikan atau dalam istilah perubtan dipanggil "trypanophobia"

Baca
02raf,Isnafw & Arumethyst

Teh Lily

Lily merupakan seseorang yang gemar membuat teh herba. Dia bekerja di sebuah kedai minuman herba berhampiran dengan hospital kakaknya. Pada suatu hari, kakaknya datang selepas beberapa hari menetap di hospital kerana kakaknya merupakan seorang doktor yang bekerjaya. Oleh sebab kakaknya kelihatan penat, Lily memperkenalkan 'teh ajaib' kepada kakaknya sebagai penawar.

Baca

Hananimate

Doktor Pianis

Mengisahkan tentang seorang doktor yang pandai bermain piano dan jatuh cinta dengan jiran misterinya. Mereka sering berbalas-balas lagu piano hinggalah suatu hari terjadi suatu perkara yang tidak dijangka.

Baca
Khadijah & Haziqah

Melankolik

Wabak covid-19 mula merebak di seluruh dunia dan diisytiharkan darurat oleh WHO. Ibrahim, seorang jururawat yang menjadi frontliner dalam menangani wabak ini. Namun, tugas kali ini meletihkan jiwa dan emosi dirinya sebagai seorang manusia dan jururawat. Apakah ini dinamakan ujian atau hanya melankolik semata-mata?

Baca
Mu'az

Cita-cita Doktor

Kamal seorang doktor yang berjaya namun tidak menyedari dirinya menghidap penyakit.

Baca
Mu'az

Kembarku Yang Hilang

Amir bertemu Amar seorang kanak-kanak gelandangan dan meminta kebenaran ayahnya untuk benarkan Amar bersama-sama mereka. Tiba-tiba Amar terlibat dalam kemalangan dan memerlukan bekalan darah.

Baca

Umar

Doktor Apokalips

Perang nuklear telah berlaku menyebabkan kemusnahan yang meragut jutaan nyawa di seluruh dunia. Namun masih ada segelintir yang selamat, tetapi adakah mereka bernasib baik? Ini adalah kisah seorang doktor perubatan yang mencuba untuk mengharungi dunia yang penuh kemusnahan menggunakan kepakaran yang dimiliki.

Baca
Nurzana

Dugaan Yang Ku Hadapi, Aku Redha

Mengisahkan seorang budak kolej bernama Raziq,17 tahun, menghidap penyakit Covid-19 selepas berhubung dengan jiran sebelah disebabkan kecuaian dan tidak jaga peraturan SOP.

Baca
Kurnia

Doktor Muhsin

Mengisahkan seorang Doktor yang tidak mementingkan diri, selalu mendahulukan orang lain. Tetapi tindakan itu memakan diri sendiri.

Baca
Fadhil

Tzens Hari Kerjaya

...

Baca

Syah

OPS RALIT

Pada Tahun 2075, Di ambang pertengahan perang dunia ketiga, pihak Velthro hampir menguasai seluruh Malaysia di setiap negeri terutama Sabah. Pihak kerajaan telah menubuhkan sepasukan paramedik khas R.A.L.I.T (Ranjer Angkatan Laksana Improvisasi dan Teknologi) yang di iring oleh Unit Elit Pelindung dari B.A.H.T.E.R.A (Barisan Anggota Hadapan Tentangan Ekstrimisme dan Radikal)

Baca
Irfan Ahid

Bertabahlah

Kisah situasi dua beradik yang tinggal di jalanan dan ditimpa ujian yang tidak terduga. Apakah nasib dan kesudahan mereka?

Baca
Iacom

Perjuangan

Kisah situasi dalam badan setelah divaksin dan melawan virus corona yang menjangkitinya. Siapakah yang akan menang?

Baca
Firdaus

Setitik Sangkakala

Mengisahkan dunia di penghujung dugaan dalam wabak Covid-19 yang pantas berevolusi akibat tempias letupan senjata nuklear sesama peperangan. Kewujudan Covid-20 telah menyatukan dunia untuk menentang bersama namun gagal dan berterusan sehingga 5 tahun. Dalam tempoh itu, tiada lagi barisan pertahanan luar dan dalam negara untuk melindungi negara. Salah satu harapan yang tersisa hanyalah para medik.

Baca

Pakteh

Ubat Dari Alam

Komik ini mengisahkan tentang Ali yang merupakan anak yatim piatu tinggal bersama neneknya yang dipanggil sebagai Wan. Ali tidak bersekolah kerana Wan tidak mampu menyekolahkan Ali. Setiap hari Ali mengikuti Wan masuk ke dalam hutan untuk mencari daun-daun herba. oleh itu sesuatu terjadi kepada Ali semasa dia menolong Wan (neneknya).

Baca
Blossom & Paper

CORS-19

Standard of Operation ( SOP ), penting di masa norma baru tatkala daerah Ngira dilanda wabak penyakit CORS-21, di mana pesakit-pesakit akan menjadi CORS sebaik saja dijangkiti virus tersebut. Najmi, seorang pelajar sekolah sangat degil untuk mematuhi SOP.

Baca
Seven Raul

Kisahku

Mengisahkan tentang pengalaman pelukis sewaktu menghidap penyakit asma ( semput ). Lantaran itu, terselit juga nilai-nilai murni dan pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini.

Baca
Kambe

Seksa Virus

Pada tahun 2020, terdapat wabak virus. Virus itu bernama, Seksa Virus. Rayyan adalah medium, seseorang yang dapat berkomunikasi dengan hantu. Encik Dalang adalah seorang profesor dan ahli sains yang menjaga Rayyan. Encik Dalang dibunuh oleh pemangsa Seksa Virus. Rayyan berjanji Encik Dalang, dia akan mencari jawapan untuk Seksa Virus!

Baca

Crow Trix

Musik Hayat

Ahmad Lutfi tekad untuk menjadi doktor setelah ibunya cedera dibelasah samseng yang mencari ayahnya disebabkan berhutang ribuan ringgit. Dengan bimbingan Abang Fathi, Lutfi akhirnya dapat menjadi seorang doktor. Setelah menjaga ibunya selama 15 tahun tanpa ayahnya, Lutfi dikejutkan dengan kehadiran mereka di hospitalnya dalam keadaan cedera parah.

Baca
Karot Marot

Medibot

Kisah Medibot mengembara merawat pesakit sambil mencari orang yang boleh membaiki badannya.

Baca
Syahrul

Misi Virus

Mengisahkan sebuah bandar yang telah dijangkiti penyakit batuk yang disebarkan oleh Virus dan Hero cuba menyelamatkan bandar itu serta menghentikan Virus.

Baca
iv_noah

Budak Lab

Menceritakan realiti pekerja hospital pada shif malam.

Baca

Izme

Impian

Rizduan bercita-cita menjadi seorang doktor setelah dia diselamatkan oleh seorang doktor semasa lemas di perlabuhan nelayan. Rizduan mula menyedari bahawa impiannya itu bukan mudah dan dia perlu korbankan banyak perkara demi kesungguhan mengejar cita-citanya. Rizduan juga memirikan adakah ini jalan yang betul.

Baca
Che & Wan

Afsana

Asa hanyalah seorang doktor biasa yang tidak mengenal erti menyerah kalah. Apabila haknya dinafikan dia mencari jalan untuk mendapatkan penawar demam bayang.

Baca
Mukhlis, Irfan & Nurin

Lantaran Ku Ada

Hayat, anak kepada pasangan doktor, bertemu dengan Bunga, seorang gadis yang mulia hatinya, di fakulti perubatan yang sama. Masing-masing mempunyai hala tuju tersendiri tapi tetap bersatu di hati. Sebagai pejuang di medan ilmu dunia, Hayat dan Bunga langsung tidak menjangka yang mereka juga akan berjalan di hujung nyawa.

Baca
Ang

Kemenangan Kita

Akibat kepenatan dalam kerjayanya sebagai seorang doktor, fikiran Doktor Mukhriz mula diambil alih oleh rasa negatif. Dia mempersalahkan dirinya kerana tidak dapat melakukan perkara yang di luar kemampuannya. Pertemuannya dengan sebuah keluarga pesakit COVID-19, telah menyedarkan dirinya pada realiti hidup di Malaysia ketika pandemik ini.

Baca

Dan & Zury

Ujian

Mengisahkan seorang doktor lelaki yang panas baran. Dia tertekan dengan pekerjaannya itu sendiri. Kehidupannya berubah selepas muncul seorang budak perempuan yang menyangka dia itu ayahnya

Baca
Assyifa

Cikgu

Hasrul hanya ingin pulang ke kampung halamannya untuk berjumpa dengan Atok dan cempedak Atok. Namun bukan mudah untuk dia pulang.

Baca
Mai

Kosong

Mengisahkan walupun dia dokter ia tidak dapat mengubah takdir dan perlu berusaha untuk menghadapi uji tuhan beri kepada kita dengan senyuman...setiap manusia mesti hadap ujian

Baca
b_kiya02

Imun

Pasca Perang Dunia ke-3, manusia hidup dalam ketakutan dan kesusahan. Di Malaysia, H.O.P.E , telah ditubuhkan untuk menjaga keamanan masyarakat yang tersisa. Namun pada suatu hari, mereka telah dikejutkan dengan penemuan virus baru yang mematikan dan dapat mengawal mayat dan mereka digelar 'zombi'. Penghasilan vaksin telah dijalankan namun gagal. Khai , selaku ketua Kumpulan Gama, dihantar untuk mencari Dr. Zack untuk mendapatkan formula penghasilan vaksin.

Baca

ykll96

Sahabat

Mengisahkan seorang frontliner bernama Azira telah kehilangan seorang adik lelaki dalam sebuah kemalangan. Azira mendapati staf yang bekerja bersamanya, iaitu Aina, menjengkelkan, kerana selalu mengambil berat tentangnya. Azira tidak mahukan simpati daripada Aina kerana sentiasa menganggap kebaikan Aina adalah sebuah lakonan.

Baca
Nur Alyaa

Wira Kecilku

Zikri, seorang jururawat yang ditigaskan di wad kanak-kanak. dia berjumpa dengan 3 orang pesakit yang selalu mengacau hidupnya.

Baca
wail

Andai Kau Jujur Denganku

Dr. Danish ditugaskan untuk merawat seorang banduan akhir iaitu abang kandungnya sendiri. Perasaan benci yang membuak-buak di dalam hatinya membuatkan dirinya keberatan untuk meneruskan pembedahan tersebut.

Baca
Nhas39, Muna, ArnabChan

Janji

Mengisahkan tentang Doktor Adam dan pesakit kecilnya Affiq.

Baca

Floating BOAT

Metanoia

Aldric menyangka kerjaya dalam bidang kejururawatan adalah satu kerjaya yang rendah dan memenatkan. Namun seorang jururawat lelaki telah mengubah pandangannya.

Baca
S-One

Doktor Black

Mengisahkan seorang doktor misteri berpakaian hitam.

Baca
Afif

Erti

Kisah Aisyah sebagai seorang pelajar praktikal kolej kejururawatan.

Baca
Dewy & Awafi

Bomoh Rimba

Hanya disebabkan sebuah buku, percutian yang sudah lama dinantikan akhirnya terpaksa ditangguhkan. Nuha dan Afi telah diarahkan oleh Tengku Saffiudin untuk menyiasat penyakit aneh yang melanda Kampung Bajo.

Baca

Sazwan

Bunga Matahari

Mengisahkan sebuah keluarga frontliner yang cekal menempuh segala dugaan yang ditempuhi demi masa depan anak mereka dan generasi akan datang...

Baca
Baim

Frontliner

Syed merupakan salah satu organisasi yang diberi nama "frontliners" yang bertanggungjawab merawat, menyelamat dan melindungi manusia dari ancaman-ancaman bahaya yang menggugat keselamatan manusia. Syed ditugaskan untuk mengumpul bahan yang terakhir bagi mengubati penyakit misteri.

Baca
Introvert-Kun

PUTEH

Suatu kajian kesihatan yang gagal telah menyebabkan mutasi kepada virus-virus yang membawa penyakit kepada raksasa, PATOGEN.Untuk menangani masalah ini. Kementerian Kesihatan Malaysia telah menubuhkan satu Unit Khas Anti- PATOGEN. Tugas mereka adalah untuk memusnahkan PATOGEN dan melindungi rakyat Malaysia.

Baca
Zul

Terakhir

Mengisahkan ketua kampung yang menghadapi masalah akan anak buahnya yang tidak mahu mengambil vasin kerana terpedaya dengan fitnah di media sosial.

Baca

Khairil Kamarudin X Syahrizad

Ubat Kuat

Maka tersebutlah kisah seorang pahlawan kerajaan melayu lama yang mengembara 44 purnama demi mencari penawar segala macam penyakit di dunia. Pengembaraan pahlawan tersebut telah membawanya ke gunung siguntang lintang

Baca
Nur Adila

Mari Tangani Masalah Mental

Elisya, seorang daripada empat orang sahabat yang mengalami kemurungan. Elisya tidak hadir ke sekolah selama hampir dua minggu. Sahabat sahabatnya sangat risau kepada Elisya. Mereka berusaha untuk menyelesaikan masalah sahabat baiknya.

Baca
Nur Adila

Wabak Covid 19

Ellie, berkenalan dengan Hani. Ellie disahkan positif covid 19. Sahabatnya sangat risau dan begitu bimbang dengan kesihatan Ellie. Hani menasihati Ellie dan diri sediri supaya patuh pada SOP.

Baca
Frhana & Sfia

Impian

Sejak dari kecil Mikael mempunyai impian untuk menjadi seorang doktor. Dia merupakan seorang ulat buku. Suatu hari,saudaranya iaitu Hima tinggal dirumahnya untuk seketika. Mikeal mendapat tahu bahawa Hima mempunyai minat dan cita-cita yang sama dengannya.

Baca

Adden

Ego

Komik ini tentang seorang lelaki yang telah kehilangan kesemuanya termasuklah isterinya. Dia menyalahkan doktor yang telah merawat isterinya semasa sakit sebagai punca kematian isterinya itu. Pada satu hari, anaknya telah jatuh sakit dan dia menolak untuk menggunakan khidmat doktor dan mengambil keputusan untuk merawat anaknya yang sakit itu sendiri.

Baca
Misa

Kegembiraan

Kisah ini berkisar pada abad 16 dimana seorang budak bernama Fahren pergi ke pasar untuk membeli ubat untuk adiknya sakit, tetapi duit yang dikumpulnya tidak cukup untuk membeli ubat, maka Fahren pulang dengan perasaan hampa...akan tetapi, seorang individu mengikuti Fahren senyap senyap ke rumahnya.

Baca
Floating BOAT

Eunoia

Walaupun telah lama menjadi seorang petugas kesihatan, Lilian masih menakuti kematian dalam kalangan pesakit. Ada banyak perkara yang tak mampu dilakukan.

Baca
Abdul Rahim

Rutin Zon Merah

Adaptasi keadaan sebenar di zon merah sebuah hospital

Baca

Half-face

Dafodil

Ramzi yang telah kehilangan ibu dan kakaknya berasa kesunyian apabila bapanya, Malik sibuk bekerja. Dia bertekad untuk tidak mengulangi perkara yang sama terhadap anaknya pada masa hadapan dengan melupakan cita-citanya untuk menjadi seorang doktor.

Baca
Erujwa

Syifa

Seorang doktor pelatih telah mencipta satu memori indah dengan satu bayi pramatang yang dijaganya pada hari pertama bekerja. Namun, setiap pertemuan itu ada perpisahan, atau itu yang disangkakan oleh Dr Arisya. Apa yang akan berlaku pada masa hadapan? adakah takdir akan menemukan mereka?

Baca
Nazdi

Melangkah Ke Hadapan

Mengisahkan swoorang budak yang ingin mencapai cita-citanya, walaupun merupakan seorang pesakit PFAPA (Periodic Fever, Aphthous Stomatitis, Pharyngitis, Adenitis). Mampukah dia menjadikannya realiti?

Baca
Tuna

Sinar Harapan

Adik Zafran tercekik bebola ikan ketika makan yang menyebabkan dia koma. Zafran berasa bersalah kerana tidak dapat menyelamatkan adiknya. Kejadian itu menyebabkan dia belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang doktor.

Baca

Ghazwan

Doktor Gila

Bandar Jati diserang wabak Khomsday dan pesakit dapat bertahan selama 5 hari selepas terkena penyakit itu. Alif dan Doktor Gilla mengalami nasib yang sama dan berusaha menyiapkan ubat itu untuk menyelamatkan diri dan masyarakat.

Baca
Shiran

Parut

Mengisahkan tentang seorang doktor lelaki mengimbau kembali peristiwa pahit yang mendorongnya menjadi seorang doktor yang dapat membantu pesakit dari segi mental mahupun fizikal.

Baca
TDM

Tabib Dagang

Sesi memburu Puteri Bidari bersama adiknya bertukar tragedi dengan kemunculan Saka Hutan.

Baca
Gagak

Imbasan

Walaupon kemuncak pandemik covid-19 sudah berakhir, petugas kesihatan yang telah berkhidmat ketika pandemik covid-19 masih berhadapan dengan satu lagi masalah.

Baca

Khadijjah

Trauma

Amir dan Halim tinggal di kawasan perkampungan terpencil yang jauh daripada bandar, Satu hari Halim mengalami kemalangan semasa dia mengejar arnab di hutan, Halim dalam keadaan kritikal dan memerlukan doktor dengan segera, bagaimanakah mereka mengatasi masalah itu?

Baca
AidaN

Harapan

Hari yang biasa di kafe, tiba-tiba pelanggan tetap Mel iaitu Dr. Nizaar datang dengan kelihatan agak lemah dan pucat. Mel yang sentiasa rapat dengan pelanggannya membuat keputusan untuk mendengar segala masalah yang dialami oleh pelanggannya.

Baca
Nekogum

Wira Sejati

Namia adalah seorang doktor kontrak dan sebagai seorang doktor kontrak, banyak cabaran yang perlu dihadapinya. Apakah cabaran-cabaran itu? dam bolehkah Namia menghadapinya?

Baca
Alya Salwa & Nur Alwani

Pantai

Semasa Aida bercuti dengan keluarganya di Melaka, malang tidak berbau, beberapa kanak-kanak yang sedang bermandi-manda di pantai disengat oleh obor-obor. Adik Aida juga tidak terlepas daripada sengatan tersebut. Mujur ada abang sepupu Aida, Iman yang merupakan seorang jururawat dapat membantu menangani masalah tersebut. Iman dengan lekas memberi rawatan yang sepatutnya kepada mangsa-mangsa sengatan obor-obor tersebut.

Baca

Load comments

 



PENAFIAN! :Tiada bahagian daripada website ini boleh diterbitkan semula dalam sebarang bentuk atau dengan apa-apa cara, termasuk fotokopi, rakaman, atau lain-lain kaedah elektronik atau mekanikal tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada pihak pelukis komik itu sendiri atau admin website ini.