



Kisah Cinta Kita
Alice dan Nazeef bertemu dengan guru mereka semasa sekolah rendah dan bercerita tentang kisah cinta mereka. Tapi cerita itu ditambah unsur fantasi dari anime terkenal.
Baca
Makna Sekolah
Semasa di rumah, Afiq duduk dalam bilik dengan rasa kecewa dengan sikap sesetengah guru dan juga sesetengah rakan sekolah yang mengabaikan beliau dan sikap lewa oleh guru. Afiq juga fikir apa tujuan dan matlamat Afiq untuk bersekolah? Muncul seorang ibu yang penyayang bernama Puan Aisyah untuk menasihati Afiq supaya Afiq kekal istiqamah dalam perjuangan hidup sebagai pelajar sekolah. Puan Aisyah juga menceritakan kisah antara Puan Aisyah dan nenek Afiq sebagai pengajaran dan pengalaman untuk Afiq.
Baca
"Yang ikhlas, Diarimu"
Sebuah diari misteri yang disangkakan sekadar cerita rekaan, kini menjadi nyata apabila digunakan oleh Julia, seorang pelajar contoh sekolah. Diari tersebut mendedahkan pelbagai kisah yang dilalui oleh "Tuannya". Ia boleh muncul di mana-mana sahaja jika terlepas pandang dan mengundang orang yang menjumpainya untuk membacanya. Lebih menakutkan lagi, diari ini tidak boleh dihapuskan.
Baca
Satu tembakan,demi pujian wanita
Alsagoff ingin menjadi seorang yang layak dikagumi di dalam sosial hiaraki sekolah terutama sekali di kalangan wanita namun apakah realiti mempunyai pendapat yang lain ?
Baca
Nasi Lemak!
Mengisahkan tiga orang sahabat yang ingin membeli nasi lemak Mak Limah untuk kali terakhir sebelum Mak Limah berhenti bekerja di kantin sekolah. Namun, bukan mereka sahaja yang mempunyai keinginan tersebut, semua warga sekolah tersebut berebut-rebut ingin membeli nasi lemak Mak Limah. Jadi, Hizami, Cammery, dan Aason Chin merancang cara untuk sampai dulu ke kantin sebelum para pelajar yang lain.
Baca
JERI SEPI MOTIVASI DIRI
Nazri (Jeri) yang mula hilang motivasi untuk ke sekolah kerana ayahnya ditimpa kemalangan di hadapan sekolahnya..
Baca
Budak Nakal
Telatah pelajar yang nakal, warden asrama dan pengawal keselamatan di suatu malam.
Baca
Janji
"Ada khabar angin yang menyatakan tapak sekolah kami dulu adalah kawasan istana Raja Bersiong". Seram dan sunyi, itulah keadaan sekolah pada 29 Februari.
Baca
Pesta Sains SMK L
Ustaz Fadhil mengadili gerai pesta sains Sekolah Menengah Kebangsaan L. Dengan penilaian yang ketat, dapatkah murid-murid SMK L mendapat sebarang markah? Siapakah yang akan memenangi pesta sains?
Baca
Nota Maut
Seorang pelajar menjumpai buku nota yang boleh menyebabkan kematian kepada sesiapa yang namanya ditulis didalam buku nota itu. Diilhamkan dari manga terkenal 'Death Note'.
Baca
Alasan Saya
Seorang budak sekolah rendah menceritakan alasannya mengapa dia tidak menghantar kerja sekolahnya dalam pelbagai cara.
Baca
Sekolah Ain
Sebuah kisah yang mana bukan jenis kisah sekolah biasa yang sering di dengari. Kisah yang mengajak semua orang berfikir diluar kotak imaginasi dunia dan jauh dari kisah yang penuh cliche.
Baca
Pertandingan sains sekolah
Mengenai abu yang menyertai pertandingan sains sekolah Dimana harus mencipta sebuah robot dan mengunakan sumber tenaga yang boleh di perbaharui
Baca
Ponteng Kelas
Sewaktu seorang murid sedang memonteng kelas, dia diganggu dengan entiti yang tidak disangkakan. Walaubagaimanapun, tuah berada di sisinya apabila seseorang datang untuk menolong... tapi dengan keputusan yang kurang memuaskan.
Baca
MULAI HARI INI, AKU..
Shad seorang bekas pelajar samseng yang digeruni tak mahu lagi terlibat dengan aktiviti gangsterisma dengan mulakan hidup baru di sekolah baru. Dia sangka orang tak kenal dia, tapi bukan pelajar samseng di sekolah barunya. Selepas selamatkan kawan karib dia dari dibuli..
Baca
Hadiah Hari Guru
Mengisahkan Batrisya yang kali pertama ingin memberi hadiah Hari Guru kepada guru kesayangannya, iaitu Cikgu Qaisarah. Dia sedih kerana hadiah asal yang hendak diberikan kepada cikgu telah dirosakkan oleh adiknya.
Baca
Surat
Firdaus seorang pelajar asrama yang malas belajar dan suka menghabiskan masa dengan membaca komik setiap malam sehinggalah beliau bermimpi dan menjumpai surat misteri.
Baca
Edu-Komik
Sebuah komik yang pastinya menggamit memori zaman persekolahan berkisarkan kisah seram, misteri, lucu dan tauladan.
Baca
Buta
Mengisahkan keangkuhan seorang murid, diuji dengan satu kejadian yang menjadi titik tolak kepadanya untuk berubah daripada seseorang yang BUTA HATI.
Baca
Awang Arjuna
Sekolah Silat Telapak Maharaja diceroboh oleh Ahli-ahli dari Sekolah Silat Keris Terbang. Mampukah Ahli-ahli Sekolah Telapak Maharaja mengatasinya?!
Baca
Putih Melati
Mengisahkan gadis kampung bernama Melati yang hidup pada era 1950an yang ingin memasuki sekolah, namun dihalang oleh ibunya dek kerana tidak menjadi kebiasaan untuk perempuan pergi ke sekolah pada ketika itu.
Baca
Impian
Adeline minat melukis sejak kecil. Namun begitu, apabila impiannya sebagai pelukis menjejaskan prestasi pelajarannya, persoalan demi persoalan mula timbul di benak fikirannya. Apabila kekeliruan dan perasaan serba-salah membelenggui Adeline, pertemuan dengan seorang senior membantunya untuk lebih memahami erti di sebalik impiannya itu.
Baca
Badminton Punya Hal
Sekumpulan pelajar yang mempunyai hobi yang sama iaitu bemain badminton. Disebabkan terlalu minat, mereka sanggup bermain pada lewat malam di dewan sekolah. Sehinggalah pada suatu malam ketika meeka sedang bermain, tiba-tia elektrik terputus dan berlakulah kejadian-kejadian yang takkan mereka lupa sampai bila-bila.
Baca
Drama Kucing
Pada suatu hari masa rehat, Aazad sedang bersembunyi disebalik pokok bunga di kawasan sekolah dan memerhati dua ekor kucing yang sedang saling merenung antara satu sama lain di luar dewan sekolah. Beberapa orang mengikuti dia untuk melihat dua ekor kucing itu dan membuat teori berkenaan dengannya.
Baca
Jinjangan
Jinjangan adalah sebuah kisah mengenai seorang pawang muda (Tosan Aji) yang memburu jembalang. Pekerjaan sebagai pemburu jembalang yang berbayar kurang didengari oleh orang sekeliling termasuk di kalangan jembalang, namun penampilan Tosan Aji memberi kesedaran kepada mereka.
Baca
Perempuan Kelas Sebelah
Vishnu terpinggir di sekolahnya dan mengalami rasa kesunyian yang mendalam. Tetapi itu berubah apabila dia bertemu dengan seorang pelajar perempuan misteri bernama Mei Ling dan dengan itu perkara pelik mula berlaku selepas itu di sekolah.
Baca
Suka Je
"Suka tak sekolah?" "...Suka je."Azam balas dengan ragu-ragu bila disoalkan sebegitu. Aik? Kenapa pulak?
Baca
Kau di Taman Hatiku
Seorang pelajar lelaki yang jatuh hati pada seorang gadis yang bersifat tegas terhadap semua lelaki yang bernama Kasih. Kasih dianggap Muslimah akibat ketegasannya terhadap semua lelaki di sekolahnya. Tetapi disebabkan satu permintaan dari seorang pelajar lelaki itu, telah menimbulkan kepercayaan dan kelembutan hati si gadis yang tegas itu.
Baca
Sekadar Renungan
Dilema seorang murid lelaki yang terperangkap antara cinta dan cita.
Baca
Mimpi
Mimpi adalah sebuah cerita berkenaan dengan seorang budak yang bernama aqil yang ingin lulus di dalam peperiksaan,semasa peperiksaan sedang berlansung Aqil tetiba tertido dan bermimpi sedang berlawan dengan soalan peperiksaannya.
Baca
Penghuni Mistik
Seorang pemuda berkerjaya sebagai pereka konten sepenuh masa membawa penonton ke dunia paranormal. Dia sanggup mengambil risiko untuk menyelesaikan misteri dan gangguan di sekolah 'berpenghuni' yang merupakan salah satu set pengembaraan mistiknya.
Baca
12 Saat
12 Saat - Mengisahkan Cikgu bernama Jimmy yang mengimbau kembali kenangannya bersama rakan pelatih mewakili sekolah di kejohanan MSSM. Beliau ketika itu suka memperlekehkan kemampuan seorang rakan pelatih sewaktu sesi latihan yang bernama Hisham Hadi yang pada akhirnya telah menjadi atlit pecut sensasi di Kejohanan ketika itu dan menjadi penyebab utama sekolah mereka menjadi Johan keseluruhan Kejohanan Olahraga MSSM.
Baca
Stor
Zul mengajak Amirul untuk menemaninya ke stor lama yang berada di belakang sekolah mereka dimana terdapat penampakan makhluk halus di sana. Amirul tidak mengetahui apa tujuan Zul untuk ke sana kerana dia dipujuk oleh Zul untuk tetap menemaninya. Apabila mereka berdua berada di stor lama itu pada waktu malam, Amirul dan juga Zul seakan-akan tidak mempercayai setelah apa yang berlaku serta tidak dapat melupakan kejadian tersebut di stor lama itu.
Baca
Kisah Pertarungan Robotik Fuad
Fuad seorang pelajar sekolah menengah aliran pertanian berkeinginan menyertai pertandingan pertarungan robotik oleh sekolah aliran robotik.
Baca
Reunion
Berkisahkan perjumpaan semula bekas pelajar tingkatan 5 yang terpisah setelah 20 tahun.
Baca
Perkasa
Komik ini menceritakan tentang dua orang pelajar yang sama-sama berlatih untuk menjadi lebih kuat atas tujuan yang tertentu.
Baca
Kad
Setelah tamat peperiksaan akhir tahun, Udin meluangkan masa dengan rakan sekelasnya dengan bermain satu permainan kad yang bernama 'UNOW'. Semasa permainan itu berlansung, terdapat detik-detik lucu yang ada pada setiap pemain kad tersebut.
Baca
Pejuang Sihir
Seorang murid yang menipukan identitinya sebagai seorang murid yang lemah tetapi sebenarnya kuat dan identitnya kantoi disebabkan oleh pertandingan yang mesti dia masuk kerana pengetua sekolah tersebut yang menyuruhnya masuk.
Baca
Debunga
Debunga adalah kisah dimana bumi mempunyai mikroorganisma yang mampu memberi seseorang abiliti dan dikenali sebagai Pelesit. Dengan adanya pelesit di bumi, kehidupan manusia berbeza apabila disalahgunakan. Oleh itu, terdapat sebuah agensi anti pelesit digelar sebagai Sinergi dimana mereka memburu pelesit demi ganjaran yang lumayan.
Baca
Bebeda
Seorang pelajar yang menghadapi masalah keluarga sehingga membawa kepada peristiwa yang menjadikannya menyesal seumur hidup.
Baca
Kenapa Tidak Boleh Bawa Telefon Ke Sekolah!
Komik ini mengisahkan tentang Zul , murid tingkatan 1 yang sedih kerana dirampas telefonnya oleh Cikgu. Ingin tahu apa yang terjadi? Bacalah sehingga habis.
Baca
Roda Empat
Setelah habis sesi P&P, tiga sekawan dalam diam menanti sekolah mereka kosong tiada orang. Mereka berhasrat ingin melaksanakan sesuatu, tetapi perlu mencari benda beroda empat. Apakah yang mereka sedang lakukan sebenarnya?
Baca
Roda Empat
Haikal suka bergurau dengan rakannya tetapi tidak menyedari gurauannya itu memudaratkan.
Baca
Misteri Stor Berhantu
Misteri stor sukan berhantu menjadi tanda tanya murid-murid di sekolah.
Baca
Memori 4 Rusyd
Mengisahkan tentang cabaran kelas 4 Rusyd untuk mencantikkan kelas mereka dari diejek orang lain lagi. Cerita ini berdasarkan kisah dengan watak-wataknya yang sebenar untuk dijadikan memori kepada pelukis.
Baca
Hantu Jelma
Cikgu Lucy merupakan guru baharu di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Merah. Pada mulanya, Lucy tidak merasakan apa-apa yang akan terjadi sehinggalah suatu ketika itu, dia mendengar bunyi tangisan. Adakah Lucy harus pergi atau menuju ke arah tangisan tersebut?.
Baca
Boleh ker?
Kisah komedi waktu rehat oleh empat sahabat yang mencuit hati dan penuh kejutan. Muiz, Faroq, Rahman dan Nazmi mula terjebak dengan satu permainan yang luar biasa. Adakah permainan ini akan menguji persahabatan mereka?
Baca
Maya
Pertemuan singkat antara Kira dengan Maya, seorang gadis berlawanan latar dan karakter dari dirinya membawa kepada tragedi yang menghantui hidup Kira.
Baca
Origami
Kanak-kanak istimewa tidak terpisah dengan imaginasi, begitu lah seharian sepasang rakan karib adib dan jaman. Pernah terfikir apa berlaku bila dua kanak-kanak istimewa bergaduh? Ikuti kisah origami!
Baca
GTO - Guru Terampil Osman
Kisah tentang seorang guru yang baru sahaja bertukar masuk ke sebuah sekolah di pendalaman negara. Pada hari pertama beliau di sekolah, beliau telah ditugaskan untuk mengambil alih sebuah kelas yang pelajarnya bermasalah. Bagaimanapun dengan ilmu dan kemahirannya, beliau tetap berusaha untuk membimbing pelajar dan berjanji untuk menjadikan sekolah adalah tempat paling seronok untuk semua pelajarnya
Baca
Adi Wira
Mengisahkan aktiviti seorang pelajar sekolah sepanjang perjalanan nya ke sekolah dan impiannya yang ingin menjadi adiwira.
Baca
Salah Siapa?
Satu pergaduhan telah berlaku di sekolah melibatkan 3 orang pelajar oleh itu pihak sekolah membentuk jawatankuasa untuk menyiasat perkara ini.....sebenarnya siapa yang bersalah ?
Baca
Dalam Aliran
Kisah tentang seorang budak sekolah menyertai Kejohanan Silat Olahraga Sekolah buat kali pertama
Baca
Budi
Budi merupakan seorang pelajar Tingkatan 1 yang bermasalah di sekolah. Pelbagai masalah yang dihadapinya menjadikan Budi seorang yang pesimis. Suatu hari, semasa cuba untuk memonteng kelas, Budi terserempak dengan tukang cuci yang baik hati dan bersikap optimis.
Baca
Misteri Koridor
Komik mengisahkan tentang misteri sebuah koridor sekolah dan seorang pelajar lelaki yang dapat melihat makhluk ghaib.
Baca
Hijab
Istilah dwi-maksud yang merentas dimensi dan dimuatkan dalam sebuah kisah teladan
Baca
Hantu Flash Sekolah
Di blok C tingkat 3 sekolah, terdapat sebuah tandas yang tiada siapa gunakan. Terdapat khabar angin bahawa murid murid mendengar bunyi flash jamban daripada tandas usang itu. Harith dan rakan-rakan nya pergi ke tandas itu untuk menyiasati hantu di situ.
Baca
Harapan
Cikgu Mus bercerita tentang kejadian aneh yang berlaku ketika dia dan kawannya, Awie masih bersekolah dan belajar dalam kelas 4 Merah dahulu.
Baca
Mariya
Cikgu Mariya dibantu oleh Anna dengan membawa kotak yang berisi dokumen untuk dibawa ke bilik guru. Dalam perjalanan mereka, Badrul menyadung kaki Anna menyebabkan Anna terjatuh sementara Hasan mengetawakan Anna. Cikgu Mariya dengan pantas mendekati Anna dan tidak dapat mempercayai apa yang Badrul telah lakukan dan katakan kepada Anna. Kemudian, Badrul dan Hasan berlari meninggalkan mereka apabila Cikgu Firdaus memunculkan diri.
Baca
Keris Biru
Lukman dan rakan-rakannya sedang belajar di perpustakaan. Apabila rakan-rakannya telah pulang, muncul satu keris misteri..
Baca
Budi
Cikgu Budi tidak disukai setiap pelajar kerana sikap beliau yang garang dan tidak pernah memberi muka. Namun, di sebalik sikap beliau, terdapat 'budi' yang tidak diketahui sesiapa pun.
Baca
Surat Dari Hujan
Setiap kali hari hujan, Amelia akan terimbas kembali memori tentang sahabat lamanya - tentang kisah persahabatan mereka yang sentiasa diiringi dengan titisan air mata.
Baca
Rezeki Yang Tersembunyi
Saleha merupakan seorang isteri yang kehilangan suaminya. Bagi menyara hidup, Saleha berkerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah yang menjadi punca kematian suaminya sendiri. Namun terdapat misteri yang mengaitkan sekolah tersebut dan suami Saleha sendiri.
Baca