

Skate!!
Menjadi skateborder professional merupakan impian Aki namun dia mendapat tentangan daripada keluarga. Pertemuannya dengan Dani bakal mengubah nasib mereka berdua.
Baca
Materiality Mirage
Seorang saintis telah membuat satu penemuan cahaya yang boleh disentuh dengan jirimistimewa. Dari penemuan tersebut, bermulanya satu sukan yang melibatkan ilusi hologram yang dipanggil materiality mirage!
Baca
Badminton Girls
Maisarah hampir berputus asa setelah tewas di pertandingan badminton antara kelas.kini semangat maisarah telah naik semula dan bertanding untuk merebut kejuaraan adakah Maisarah akan berjaya....
Baca
Sekawan
Mengisahkan 3 orang sekawan yang menyertai acara larian terompah. Namun apa bakal berlaku jika mereka tidak bersatu?
Baca
Run!!
Azam adalah seorang pelajar yang berpotensi untuk menjadi olahragawan yang berbakat tetapi tidak menyedari kebolehan diri disebabkan sikapnya yang tidak serius. Andrian,pengawas dan juga ahli kelab olahraga telah memujuk Azam dan takdir merubah segalanya..
Baca
Swift!!
Seorang perempuan berhijab yang minat dengan sukan Parkour namun minatnya terhalang dengan orang sekeliling sehinggalah dia berjumpa dengan si 'dia'. Adakah dia berjaya mencapai matlamatnya sebagai pemain sukan parkour?
Baca
Perang Tangan
Aqif merupakan kanak-kanak luar biasa yang mempunyai tangan yang besar. Dengan kelebihan ini, dia meneruskan usahanya dalam acara perang tangan.
Baca
4 Times
Kesilapan lampau menghantui diri Izzam menyebabkan dirinya dikerumuni rasa bersalah hingga dia bernekad untuk tidak memberikan peluang kedua dalam hidupnya dalam dunia olahraga.
Baca
Raja Drift
Seorang pemuda ingin mencabar Raja Drift dalam sebuah perlumbaan kereta untuk merampas gelaran tersebut.
Baca
Bullseye!
Berakhir sudah Kejohanan Memanah Peringkat Daerah bawah 12 tahun antara sekolah-sekolah. Ketika Coach Ammar sedang bersembang dengan Cikgu Abu, kelihatan sekumpulan pelajar masih lagi memanah di padang sekolah. Melihatkan cara pelajar itu memanah, coach Ammar tahu dia perlu lakukan sesuatu.
Baca
Farah The Weightlifter
Mengisahkan seorang budak perempuan yang lahir didalam persekitaran yang penuh dengan unsur maskulin. Dalam masa yang sama mempelajari sukan angkat berat malah mewakili sekolah. Farah bukanlah seorang pemenang, tapi adalah seorang si gagal yang tidak pernah berhenti mencuba dan tak putus asa.
Baca
Strike!
Sakit asma bukan alasan buat Ain untuk tidak mendesak adiknya, Fitri berlawan boling dengan juniornya, Danish. Walaupun Fitri sebenarnya tidak pernah main boling sebelum ini.
Baca
Awek Judo Remake
Mengisahkan Rina yang baru balik dari kedai. Dia terserempak dengan gadis cina bernama Alicia yang tiba-tiba membelasah samseng yang mengacaunya dengan seni pertahankan diri Judo.
Baca
Jaguh
Disebabkan Faizul yang cemburu kerana Iwan popular dengan kehebatan sukannya, Iwan dicabar oleh Faizul untuk bertanding quiz fizik. Iwan bersetuju dan menjawab quiz dengannya. Iwan menggunakan teknik menjawab soalan seperti dia mengelecek melepasi pihak lawan semasa bermain bola baling. Akhirnya, Iwan menang. Otak yang cerdas memerlukan badan yang cergas.
Baca
Gunmen
Hanya tinggal seorang saja musuh yang perlu ditempuhi oleh Kamal dan Burhan. Kemenangan sudah hampir menjadi milik mereka..
Baca
Re:SET
Mengisahkan tentang kehidupan Amirul sebagai seorang pemain profesional dota 2. Tetapi sebelum beliau menceburi dalam bidang tersebut, berlakunya satu tragedi dalam hidup beliau. Ikutilah Amirul dalam kisah Re:SET.
Baca
Aku dan Dart
Mengisahkan hizan sorang yang kurang upaya penglihatan dalam menceburi sukan dart.
Baca
Misi Olimpik : Lari
Minat Sazali pada sukan olahraga telah ditentang keras oleh bapanya menyebabkan dia dihalau keluar dari rumah. Kesusahan hidup yang ditanggung Sazali ketika tinggal bersama datuknya menjadi pembakar semangat untuknya terus berusaha mencapai impiannya.
Baca
Jebat
Rayyan berazam untuk mencari sebab kehilangan ayahnya yang merupakan seorang saintis pada 9 tahun yang lalu. dengan bantuan Jebat, robot ciptaan terakhir ayah Rayyan, mereka berusaha untuk menyertai akademi robot MMA yang mungkin berkaitan dengan kehilangan ayahnya
Baca
Garisan Penamat
Akim dan Rizal berjaya menempatkan diri ke suatu Pertandingan. Mereka perlu menamatkan Pertandingan dengan jayanya untuk memperoleh Kemenangan yang mereka idamkan selama ini. Namun, pertandingan ini bukan pertandingan yang biasa kerana tidak menawarkan sebarang pingat. Apakah pertandingan yang dimaksudkan dan apa pula Kemenangan yang mereka akan tawarkan? Ikuti perjalanan Akim dan Rizal dalam Pertandingan ini sebagai seorang mahasiswa.
Baca
Aku dan Zakwan
Farez mempunyai seorang abang yang sangat berkemahiran dalam sukan mendaki. abangnya telah mencurahnkan ilmu tentang sukan tersebut kepada Farez sejak dibangku sekolah rendah lagi. Namun, hari berganti hari dan Farez merasakan yang usahanya untuk mengatasi abangnya tidak berbaloi. sehinggalah dia berjumpa Zakwan.
Baca
Kemenangan Sebenar
Zack seorang pelajar yang ingin buktikan dirinya boleh menang dalam pertandingan lumba lari tapi ramai orang kata yang Zack tak boleh menang jadi dia tunjukkan yang mereka silap pada Zack.
Baca
HOPS: The Beginning
Sebuah cerita lama yang mengisahkan tentang seorang pemain bola keranjang sekolah yang juga pelajar Tingkatan 3 di sebuah sekolah berasrama penuh bertemu dengan seorang pelajar junior Tingkatan 1 yang berbakat sehingga tercetusnya satu perlawanan bola keranjang 1 lawan 1 yang epik di antara mereka.
Baca
Haydar
Cita-cita Haydar telah ditentukan oleh bapanya tanpa keinginannya. Dengan sedikit kreativiti, Haydar mampu mengubah nasibnya sendiri.
Baca
Giving My Best
Daniel mahu menjadi salah seorang atlet acara padang semasa Hari Sukan Antara Rumah Sukan sekolahnya tetapi tidak terpilih. Namun dia tidak kecil hati malah memberikan sepenuh usaha sepanjang Hari Sukan tersebut.
Baca
Cuba
Menyertai pertandingan rasmi berenang dan bersaing dengan segala tubuh badannya, itulah impian Ryan sejak kecil. Walau sekali pun cukup buatnya. Tetapi, bagi Ryan yang tidak pernah dilatih secara rasmi, dia risau cara berenangnya yang tidak ortodoks tidak akan diterima. Apabila rakan karibnya, Daniel menyertai namanya dalam pertandingan berenang university mereka tanpa pengetahuannya, adakah Ryan akan menyambut peluang ini dan...cuba?
Baca
Pemain Jalanan Streetball
Team VIPER mencabar dan memandang rendah pada team ELITE JR untuk bertanding dalam bola keranjang jalanan.Dapatkah team ELITE JR mengalahkan team VIPER yang angkuh?
Baca
Dari Pemula Ke Juara
Ryan adalah seorang peluncur ais yang telah mula bertanding di Sukan SEA. Di permulaan pertandingannya, ketakutannya menyebabkan kerosakan rutinnya. Tetapi, Ryan tidak berputus asa. Bertahun-tahun berlalu dan Ryan bertambah baik. Tetapi, dia masih tidak dapat memenangi pingat emas Sukan SEA. Akankah Ryan memenangi pingat emas?
Baca
Mimpi Nan Satu
Mengisahkan tentang Khairul yang bercita-cita untuk menjadi seorang pemain bola keranjang profesional suatu hari nanti.
Baca
Destinasi:
Seorang jaguh sukan yang hebat dalam pelbagai jenis sukan, namun tidak mempunyai apa-apa hala tuju disebabkan beliau berpegang teguh pada prinsip sukannya sendiri iaitu, 'bermain sukan hanya atas sebab keseronokan, dan bukan atas sebab kemenangan mahupun hadiah'. Selepas berlaku suatu peristiwa, beliau mengambil keputusan untuk keluar dalam bidang sukan dan kini digelar sebagai 'Legend'. Namun, segalanya berubah selepas beliau ditakdirkan untuk bertemu dengan seorang remaja lelaki, yang sedang cedera parah.
Baca
Bangkit
Rahman terjumpa dengan seseorang yang telah membangkitkan semangatnya untuk kembali menjadi pemain Bola Keranjang sekolah.
Baca
Tangkap - Tepis
Faiz adalah seorang pelajar lelaki tingkatan dua yang tidak beberapa gemar untuk bersukan,namun langit tidak selalunya cerah, dan tindakannya memanjat pokok pada pagi itu menyebabkan dia terpaksa menghadapi situasi tengang di antara dirinya dengan beberapa kawan sekelas.
Baca
Dive07
Ammar terpaksa sertai kelas berenang sepanjang cuti sekolah. kelas tersebut sedikit sebanyak membuatkan Ammar mula berminat dengan sukan renang
Baca
Weirdo Club
Amirul yang jarang melibatkan diri dalam kelab dan persatuan sekolah, telah membuat keputusan untuk menyertai kelab ping pong, tetapi secara tidak sengaja dia telah termasuk ke dalam satu kelab yang tidak diketahui.
Baca
Karate-ka
Teruja melihat seorang gadis memegang black belt, Qayim berminat untuk mengetahui siapa gadis hebat itu. Namun terdapat satu kejutan yang bakal menantinya. Bolehkah Qayim menghadapinya?
Baca
Raja Pangkah
Shima berkenalan dengan seorang pemuda bernama Daim yang baru berpindah ke sekolahnya. Dia mendapati Daim juga bermain gasing pangkah sama sepertinya namun pengetahuan Daim masih ditahap rendah, Shima berkongsi sedikit pengetahuan asas kepadanya. Daim juga memberitahu Shima bahawa dia adalah seorang pembuat gasing dan mengajak Shima untuk saling bertukar ilmu masing-masing dan seterusnya bertanding di dalam liga gasing pangkah.
Baca
Supermom
Amirul sudah tewaskan ramai lawan dalam sukan bola keranjang,tapi ada seorang lawan yang tidak dapat di tewaskan oleh amirul..
Baca
3 Sahabat
Cerita berkisar tentang 3 pelajar sekolah rendah sedang bermain permainan 'Pepsi-Kola' semasa waktu rehat.
Baca
The Karate
Aiman seorang budak lelaki tingkatan 2. Dia mempunyai 2 sebab mengapa dia ingin mempelajari seni mempertahankan diri dari Jepun iaitu Karate. Antara sebab kedua dia telah bertekad untuk jadi kuat supaya tidak lagi dibuli. Akan tetapi bagaimana pula dengan sebab pertama....
Baca
Yakin..Percaya..Lakukan !!!
Menceritakan kisah seorang pelajar tingkatan 2 yang meragui dirinya dan kurang keyakinan untuk menyahut cabaran gurunya bagi mewakili sekolah dalam acara memanah. Dan akhirnya dia mendapat pengajaran yang sangat beharga kepda dirinya sendiri.
Baca
Step
Akibat terlalu kerap dipanggil ke bilik guru disiplin atas kesalahan membuli. Ridhwan akhirnya dibenarkan membuli, namun bukan membuli melalui kekuatan fizikal tetapi melaluikekuatan mental dalam permainan catur.
Baca
00:21
Disebabkan aku selalu menang semua sukan yang aku main aku diberi gelaran 'Johan'. Bila-bila kawan aku ada perlawanan pertolongan akulah yang diminta. Tapi sukan ni.. Ini pertama kali aku tahu pasal sukan ni
Baca
The Good Intentions
Mengisahkan Akmal Harun, seorang penggusti amatur yang memasuki pertandingan untuk memenangi wang hadiah demi isterinya yang tercinta.. Namun berjayakah dia memenangi wang hadiah itu??
Baca
Ecetera
Pertengahan abad ke-21, evolusi permainan e-sports mula berkembang maju apabila ECETERA - sebuah permainan e-sports terkenal mula mendominasi pemikiran anak-anak muda untuk bergiat aktif dalam bidang sukan berbentuk elektronik. Ryqal, pemain ECETERA muda mencuba nasib dengan mengalahkan pemain ECETERA yang telah bergelar Juara tiga kali berturut-turut. Mampukah dia bertahan dan menjadi juara ECETERA yang baru?
Baca
Ultimate 18
Azhar yang baru berpindah ke sekolah barunya, langsung tidak berkawan dengan sesiapa pun, sehinggalah berjumpa dgn sekumpulan pelajar yang bermain frisbee di padang.
Baca
Untouchable
Mengisahkan seorang lelaki bernama asyura yang mempunyai kemahiran refleks yang tinggi dan kecekapan dalam mengelak apa jua halangan melebihi kebiasaan manusia normal. Asyura tidak suka melihat seseorang dibuli kerana dirinya juga pernah dibuli suatu ketika dahulu sehingga menyebabkan kematian kawan rapatnya. Asyura telah terlibat dengan sukan ragbi untuk membela rakan-rakan nya yang sentiasa dibuli oleh pasukan ragbi yang kuat.
Baca
H-OKEY
Mengisahkan tentang Pijan yang menggunakan sebatang kayu hoki misteri milik sekolahnya sewaktu menghadiri latihan sukan hoki.
Baca
GGWP
Seorang manager kumpulan e-sports kini dalam dilema kerana kekurangan ahli kumpulan,apa yang akan terjadi selepas itu?
Baca
Wind
Rez seorang pelumba yang baru berkecimpung dalam arena sukan permotoran dia memilih untuk bermain bersama pasukan SUGARCANE RACING TEAM dalam perlumbaan street circuit yang sangat mencabar,.dia perlu menang untuk melayakkan diri untuk perlumbaan yang seterusnya ,mampukah dia memenangi perlumbaan itu?
Baca
Breakfalls
Mengisahkan tentang seorang lelaki buta yang berjaya mengatasi ketakutan dan kelemahan beliau setelah mempelajari sukan judo.
Baca
Skuad M
Faizal merupakan ayam tambatan skuad-m dalam kejohanan sukan memanah Malaysia. Namun, prestasi Faizal yang tiba-tiba menurun di peringkat akhir menyebabkan tangga ranking bagi skuad-m jatuh ke tangga ke-2 Faizal mendapat peluang untuk membuat bidikan terakhir bagi skuad-m. Kejayaan Skuad-M untuk mendapatkan tempat pertama sekarang ada ditangannya.
Baca
PinPoint
Mengisahkan Afi seorang pelajar baru yang telah menyertai pasukan basketball di sekolahnya. Kehadirannya tidak disukai pemain simpanan yang lain namun dia tetap meneruskan niatnya untuk mewakili sekolah dalam sukan ini.
Baca
Sentri
Aust baru sahaja berjinak-jinak dengan permainan sukan realiti, SENTRI. Sentiasa gagal dan merasakan dirinya bukan manusia bertuah, Aust mahu membuktikan kemampuannya melalui SENTRI. Kejayaan yang sentiasa diimpikan Aust, mungkin bemula dari sini!
Baca
Kemenangan Yang Sebenar
Menceritakan seorang pemain bola baling,Farid yang ingin membawa kemenangan bagi sekolahnya dan harapan kepada semua orang.
Baca
Rejam
Khairul dan Damia adalah rakan sekelas yang tidak sebulu antara satu sama lain. Namun mereka sukakan persaingan dalam semua bidang termasuk sukan. Khairul dengan sengaja memilih sukan yang sama yang dipilih oleh Damia iaitu Merejam Lembing hanya kerana mahukan persaingan dan menyakitkan hati Damia.
Baca
Busur-15
Acara sukan tahunan sekolah kini bermula lagi dengan semangat yang ditonjolkan pada setiap pasukan yang tidak mahu mengalah dan berdaya saing dan kini tiba pada acara sukan memanah. Khaulah yang tidak kenal erti putus asa kini menonjolkan sedikit kebolehan yang ada didalam pertandingan memanah ini.
Baca
Pilihan
Mengisahkan tentang Christina dan Syuhada yang berkawan selepas Pertandingan Bola Baling.
Baca
White Shadow
Asyraf yang mahir dalam bidang ICT dan cekap menggunakan kasut roda berada dalam situasi yang genting apabila beliau bertemu dengan seorang ejen dari skuad Unit Tindakan Khas (UTK).
Baca
Awan Kelabu
Dugaan hidup itu ibarat awan kelabu yang pada akhirnya mencurahkan hujan, menyuburkan tanah dan menghadiahkan sebuah keindahan pelangi yang menanti dihujungnya. Bersangka baiklah selalu.
Baca
Sukan?
Daniel semangat nak menang pertandingan sukan anjuran persatuan kejiranan tapi tema tahun ini menguji kesabarannya. Adakah sukan itu benar benar sukan?
Baca
Hostelite : Pendidikan Jasmani
Hostelite mengisahkan kisah kehidupan pelajar di Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur. Kisah kali ini memaparkan kepincangan dua buah kelas tingkatan 5 yang berebut untuk menggunakan padang bagi bersukan pada waktu pendidikan jasmani. Azzan selaku pengurai perbalahan telah membuat satu cabaran yang sebenarnya adalah untuk membentuk dua pasukan untuk bermain "bola cop" (dodgeball) bersama.
Baca
Terbang
Alif dengan bakatnya lompat tinggi masuk kelab Olahraga demi lulus gred kokurikulum. Walaupun Alif tidak berminat masuk apa-apa acara sukan namun pikirannya berubah apabila mula berkenalan dengan Zulaikah.
Baca
Arena Tempur
Setelah kemerosotan populariti terhadap seni bela diri, terutamanya seni tempur senjata, Persatuan Seni Senjata Malaysia telah meluluskan projek Arena Tempur. Sukan yang mempertandingkan pengamal seni senjata di hadapan khalayak ramai. Dalam tempoh 1 tahun, sukan ini telah menarik perhatian satu Malaysia dan mendapat tajaan dari pelbagai pihak. Ini kisah Jaka dari Perguruan Parang Tempur dalam salah satu perlawanan di Arena Tempur.
Baca
SpinZ
Haziq, seorang budak mahir sains telah mencabar pembuli sekolahnya supaya memberhentikan perbuatannya. Akan tetapi, dia dicabar balik untuk berlawan dalam sukan, satu-satunya kelemahanya. Bagaimana Haziq akan mengatasi masalah ini?
Baca
Police & Thief
Seorang pakcik yang bersiar-siar petang di sebuah taman telah terserempak dengan beberapa orang remaja yang sedang bermain permainan polis sentri.
Baca
The Bad Habit (can be changed)
Peninju yang berusaha mengubah tabiat buruknya yang melanggar undang-undang perlawanan hanya kerana ganjaran.
Baca
Rebound
Komik ini berkisahkan tentang sekumpulan pelajar sekolah menengah yang akan mengikuti pemilihan pasukan bola keranjang untuk mewakili Malaysia. Walaubagaimanapun, terdapat masalah yang berlaku di dalam pasukan tersebut terutamanya perbalahan antara ahli pasukan. Casey, watak utama bagi komik ini, hendaklah mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut sebelum waktu pemilihan itu.
Baca
Fence It
Mengisahkan tentang protagonis, Amran yang sering diganggu oleh pelajar perempuan berhelmet fencing, memaksa dia kembali ke kelab fencing. Tetapi, dengan kisah lampaunya, protagonis masih lagi teragak-agak untuk kembali ke kelab fencing semula.
Baca
Rejam Lembing
Berada di pentas arena olimpik bukan mudah yang di sangka.Banyak cabaran dan cemuhan yang harus di telan, terutamanya sekiranya atlit itu sendiri gagal meraih sebarang pingat. Begitulah nasib yang dihadapi oleh Abang Meon seorang atlit merejam lembing negara yang menghadapi situasi tersebut.
Baca
Boccia
Kisah gadis berusia 17 tahun impiannya mewakili olahraga peringkat sekolah,tetapi.. Satu peristiwa telah mengubah segalanya...
Baca
Matahari
Kisah Ali yang kehilangan tangan kanannya dalam kemalangan jalan raya. Hilang semangat terhadap sukan tenis dan membenci segalanya sehinggalah dia bertemu dengan seorang gadis yang mengubah hidupnya..
Baca
Parabellum X
E-Sukan biasanya berpusat pada 3 genre video game: MOBA (Massive Online Battle Arena), FPS (First Person Shooter), dan simulasi sukan. Ada satu lagi cabang E-Sukan; FIGHTING GAME!
Baca
One More Time
Kematian rakannya menyebabkan Hafi tidak lagi ingin bermain bola tampar, namun Cikgu Amir tetap mahukan Hafi menjadi 'setter' pasukan bola tampar baru di sekolah mereka itu. Mampukah Cikgu Amir membuka hati Hafi?
Baca
Blade Runner
Danial seorang anak muda yang kehilangan kedua-dua belah kakinya disebabkan oleh kemalangan jalan raya. Tapi dia sedar bahawa kekurangan bukan sesuatu yang akan memusnahkan hidupnya melainkan dia sendiri yang membenarkan kekurangan itu menguasai hidupnya. Jadi dia selalu mengingatkan dirinya tiada yang mustahil jika mencuba. Kita tak semestinya memerlukan kaki untuk berlari!
Baca
Badminton
Hanina, hanya dipanggil Nina seorang pemain badminton yang sangat handal dan sering merangkul juara dalam setiap pertandingan di sekolahnya. Namun Nina terpaksa berpindah sekolah dan menyertai kelab badminton di sekolah itu. Nina menyahut cabaran ketua kelab,Ika bertanding badminton untuk menolong ahli kelab yang sering dibuli oleh ketua ika. Apa kesudahan cerita ini?
Baca
Hopscotch
Dengan harapan yang sedikit, Zakri masih mengejar kemenangan yang tipis. Nasib kelab bola keranjang sekolah mereka bagai telur di hujung tanduk. Kalah dan kelab itu akan dibubarkan. Berjayakah Zakri dan rakannya mengelakkan daripada perkara itu berlaku??
Baca
Awang
Awang terkenal dengan kehandalannya dalam permainan bowling kelapa. pada satu hari, Awang terjumpa iklan uji bakat pemain bowling negara bawah 12 tahun. dengan semangat yang membara, Awang ingin sertai uji bakat itu, namun dia terpaksa menghadapi beberapa halangan
Baca
Ping Pong
Seorang lelaki berumur 25 tahun menyukai Ping Pong masa umur 10 tahun.Nama dia Affendi bin Arfi mempunyai kawan Alex Li,Joshua dan Zaid.Masa berumur 20 beliau dipilih menjadi ahli sukan ping pong dan jurulatihnya Encik Rahman.Sekian Terima Kasih.
Baca
Kami Dan Tennis
Kisah 2 sahabat akrab yang bersaing merebut gelaran Juara Tennis untuk peringkat sekolah menengah tinggi. Namun takdir berlaku tidak seperti yang mereka rancangkan..
Baca
T.E.K.N.O
Sukan menembak secara mengejut telah bergabung dengan teknologi 'virtual reality' dan terlahirnya acara Gun Art Online yang menjadi pilihan penggemar e-sport. TEKNO pula adalah sebuah kisah penuh nilai persahabatan dan aksi.
Baca
Inspirasi
Ariff berazam untuk membawa keluarganya keluar dari kesusahan hidup melalui minatnya dalam sukan seni bela diri campuran (MMA) walaupun bapanya tak mengizinkan beliau menyertai sukan yang dianggap bahaya ini. Ariff tahu bapanya bertindak sebegitu kerana risau akan dirinya dan beliau berharap agar bapanya dapat memahami hasrat dirinya yang mahu bergelar juara suatu hari nanti.
Baca
Antara Harapan Dan Jangkaan
Hadi, yang telah terlibat dengan suatu peristiwa bersama seniornya telah menyebabkan dia tidak lagi ingin berlari. Disebabkan kelab larian yang semakin hilang kegemilangannya, sahabat baik Hadi, Foo, dan bersama-sama guru penasihat dan yang lain telah berusaha untuk membawa kembali salah satu daripada dua orang pelari handalan dalam sekolah tersebut. Harapan mereka tidaksemestinya akan tercapai, kerana pada akhirnya, manusia merancang, tuhan yang menentukanya.
Baca
Aku dan Hani
Hani, seorang yang meminati sukan memanah ingin membantu Iman, yang langsung tidak minat apa-apa sukan meminatinya juga sebelum pertandingan memanah yang akan berlangsung seminggu dari sekarang.
Baca
Emmy dan Yana
Menceritakan tentang dua adik beradik; Emmy dan Yana yang sentiasa melakukan aktiviti bersama termasuklah berlatih sukan seni bela diri; taekwondo. Emmy merupakan kakak kepada Yana dan sentiasa melindungi adiknya dari didekati oleh lelaki yang tertarik dengan kecantikan adiknya. Rupa-rupanya, ada kisah lain di sebalik sikap Emmy yang sentiasa menjauhkan lelaki daripada Yana.
Baca
Budak Kail Emas
Mengambil tema makhluk bani beruang, se'ekor' budak bercita cita untuk menunaikan wasiat ayahandanya.
Baca
Amuk
Zackhary adalah budak yang kena buli, disebabkan dia penangis, orang memangil dia lembik, hinggalah...
Baca
Gadis Tae-Kondo
Sudah berminggu-minggu Syirah bertanya kepada ibunya kenapa perlu belajar taekwondo. Namun, soalannya tidak terjawab. Alangkah baiknya jika duit yang akan digunakan untuk membayar fi latihan taekwondo itu digunakan untuk membeli peralatan lukis dan makanan yang enak. Adakah persoalan yang bermain di mindanya akan terjawab setelah menghadirkan diri ke sesi latihan taekwando yang diadakan berhampiran tempat tinggalnya?
Baca
Aku Sebiji Bola
Kisah seorang insan bernama Azfa yang sungguh minat bersukan tetapi tidak mempunyai keyakinan kepada diri sendiri membuatkannya lemah dalam bersukan...Juga menyebabkan Azfa sering dibuli dan dihina oleh orang lain.Sehingga suatu hari,insan tersebut bertemu dengan sebiji bola.Orang memanggilnya bola 'dodgeball' yang digunakan dalam sukan dogdeball.Bola ini akan menceritakan kisahnya sepangjang dia bersama Azfa.
Baca
Dua Cahaya
Dua jiwa yang berbeza latar, tapi mempunyai ambisi dan dorongan yang sama.
Baca
HOPS: The Legacy
Mengisahkan tentang seorang pemuda yang tidak dikenali memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak yang dibuli cara dan teknik bermain bola keranjang untuk mengalahkan pembuli mereka.
Baca
Langit Rendah
Mengisahkan tentang seorang budak pendek yang cuba mencapai awan dengan semangat mewakili sayapnya.
Baca
Hero-T
Tahun 2035, saintis berjaya menemukan satu kaedah mengeksploitasikan tenaga elemen di dalam badan dan sudahpun menjadi satu keperluan asasi buat masyarakat di dunia. Satu kurikulum baru diperkenalkan di sekolah bagi melatih penggunaan tenaga elemen dari zaman kanak-kanak. Satu pertandingan simulasi tempur alam maya diadakan bagi mencari kumpulan pelajar yang terbaik untuk mewakili sekolah berdasarkan teknik seni bela diri dan penguasaan tenaga elemen yang tinggi. Sekumpulan pelajar gagal buat julung kalinya dalam sejarah cuba untuk menyertai pertandingan ini. Mereka menubuhkan kumpulan yang dinamakan "Hero-T" dengan harapan dapat membuktikan kepada semua bahawa golongan gagal juga mampu berjaya walaupun dalam serba kekurangan.
Baca
Aku Sedia Memaafkan
Mengisahkan seorang pelajar yang bernama Ahmad menuntut di sebuah universiti awam di Selangor. Dia mempunyai satu cita-cita untuk menjadi seorang pemain tenis profesional. Banyak dugaan yang dihadapinya seperti dihina, dicaci dan sebagainya. Tetapi tetap terus berusaha mengejar impiannya. Sehingga dia berjaya meraih cita-citanya itu. Meneruskan hidup dengan bahagia. Semua yang pernah menghinanya dahulu, kini menghormatinya.
Baca
Tidak Terhenti Di Sini
Setelah berlaku perbalahan antara ahli pasukan Vostrok,Ramzi terpaksa merekrut ahli kumpulan baru untuk menyertai kejohanan paintball yang bakal dilansungkan.Mampukah Ramzi memenangi kejohanan tersebut?
Baca
Destiny
Seorang lelaki Sabah yang bernama Jack Nikolas Pian yang belajar di luar negara bersama rakannya. Jack mempunyai badan yang kecil dan kepantasan yang luar biasa. Dia kerap memenangi kedudukan teratas dalam acara 100meter tetapi disebabkan mulut manusia yang sentiasa menyakiti hatinya, dia pun berputus asa dalam sukan sehinggalah Nina kawan rapatnya memperkenalkan dia sukan baru yang mencabar…..
Baca
Sekolah Rimba : Arnab & Kura-kura
Kancil ingin memberi pelajaran kepada arnab kerana sikapnya yang angkuh dengan mengadakan pertandingan diantara arnab dan kura-kura
Baca
Aku mahu kau yang dulu
Muaz dan syila merupakan chilhood friend (kawan sejak kecil) muaz yang dulu selalu tersenyum dan riang telah berubah menjadi seorang yang pendiam di sekolah menengah kerana masih menyesali kekalahan pasukan sepak takrawnya pada perntandingan tahun lalu dan akibatnya dia mula membenci sukan sepak takraw,....Syila berusaha merubah muaz semula kepada dirinya yang asal dengan menyuruh muaz bergiat aktif semula dalam sukan takrawnya..Dapatkah dia merubah muaz??Apa akan berlaku dengan hubungan rakan meraka?
Baca
Senior
Menceritakan tentang seorang pelajar perempuan,Suha terpaksa menghadapi pelbagai dugaan baginya kerana...dipaksa oleh senior dia? Kalau nak tahu kenapa anda baca di sini.
Baca
Alpha
Hamka tidak mempunyai kemahiran dalam mana-mana bidang sukan.Kecuali, e-sports dan online gaming.Pada suatu hari, dia bertemu dengan Faizal, seseorang yang sama handal dan mempunyai minat dalam online gaming,Alpha
Baca
Ke Garisan..Sedia..Mula..
Trauma yang menghantui Encik Adham menyebabkan beliau nekad menghalang anaknya, Amir, dari menyertai acara larian. Pertemuan semula dengan sahabat lama,iaitu Cikgu Luqman, berjaya mengubah pendiriannya itu.
Baca
Chess King
Bagi Rafael, catur adalah permainan yang membosankan. Sehinggalah dia bertemu pesaing barunya.
Baca
Percaturan Langkah
Optimis dan sikap berdaya saing yang kuat, itulah Aiman; pengerusi Kelab Catur sekolah. Mampukah Aiman mengekalkan legasinya sebagai pengerusi, setelah dicabar oleh juniornya, Melur?
Baca
Lumba!!
Lumba jalan kaki tidak semestinya membosankan terutamanya apabila ia melibatkan genetik.
Baca
Jaguh Galah
Bila permainan tradisional ' Galah Panjang ' Dijadikan sukan utama Di dunia Kampung Parit Tenggelam. Ikuti detik2 cemas bersama pasukan Kampung Parit Tenggelam ketika di tengah-tengah perlawanan.
Baca
Never Give Up
Ludwig Adam, seorang pelajar kacukan Jerman-Melayu bertukar sekolah dan ditempatkan ke dalam Kelab Bola Keranjang. Salah faham berlaku kerana ketinggiannya yang membuatkan mereka menganggap Adam merupakan seorang pemain yang hebat, tetapi sebenarnya...?!
Baca
Enter : The Tank Biathlon
Tank Biathlon adalah satu acara tahunan yang disertai oleh krew kereta kebal dari seluruh dunia. Pada tahun ini, Malaysia juga akan turut serta!
Baca
Waktu P.J.K
Kisah dua orang pelajar tingkatan dua yang tidak suka dan tidak pandai bersukan.
Baca
Sepak-sepak Takraw
Cikgu Ben berhasrat untuk membuat kelab sepak takraw tetapi mempunyai 3 orang pelajar sahaja.
Baca
HOPS: The Redemption
Seorang pemuda terserempak dengan sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain bola keranjang mengingatkannya semula sebuah memori silam ketika di zaman sekolah menengah yang sudah lama dia lupakan. Merupakan siri terakhir dalam trilogi HOPS.
Baca
BASE Jumpers: Veteran Prodigy
3 sekawan berbilang bangsa menceburi dunia sukan ekstrim BASE Jump yang diadakan di KL Tower baru-baru ini.
Baca
Garis Merah
Di masa hadapan sukan permotoran dihidupkan semula kerana jiwa manusia yang mempunyai Keperluan Untuk Kelajuan. Perlumbaan antara Sam & Asyraf. Sam memandu Civic Ek9 manakala Asyraf memandu Proton Saga 1985. Jentera Sam dilengkapi dengan satu teknologi baru yang memberi kelebihan kepada nya. Bagaimanakah Asyraf mampu menyaingi Sam dengan jentera lama nya? Adakah Sam akan pasti menang? Apakah pula peluang Asyraf untuk menang?
Baca
Rima Pawana
Kisah hidup seorang budak perempuan setelah mengenali wau melalui seorang orang tua.
Baca
Jalan Kelakian:The Way of Man
Ferdi terlalu asyik bermain permainan komputer. Oleh sebab itu ayahnya...
Baca
Pure-Dream
Lily adalah seorang wanita dan disebabkan fakta itu, beliau dianggap pelik kerana memilih Fencing sebagai sukan yang diminati. Pandangan keluarga dan masyarakat terhadap lily sangatlah teruk sehinggalah beliau berjumpa Cikgu FAIZ.
Baca
Revival
Pengetua sekolah ingin membubarkan persatuan silat daripada sekolah. Sejurus daripada tindakan pengetua tersebut, membuatkan Amira berusaha untuk menghidupkan kembali sukan silat sekolahnya dengan mencari pengganti iaitu 'The Five'.
Baca
Fair Play
Kerana permainan adil itu lebih dari sekadar mematuhi peraturan
Baca
Pantas Juara
Atef adalah budak yang suka berenang di sungai.Namun, ibunya tidak suka dia berenang di sungai kerana khuatir akan keselamatannya. Akan tetapi Atef mengambil ringan akan nasihat ibunya yang tidak membenarkanya main di sungai. Suatu hari, Atef mengajak sahabat baiknya Adan ditemani adik Atef iaitu Mira, pergi ke sungai untuk bermain seperti biasa tanpa pengetahuan ibunya.
Baca
Fantasia
Apabila Sabah secara misteri terbahagi kepada empat Kawasan atau Daerah akibat kemunculan dinding tebal, satu permainan yang berbentuk sukan bernama Fantasia akan diadakan untuk menyelesaikan misteri di sebalik dinding tersebut.
Baca
Cinta Konda-Kondi
Mengisahkan tentang Aqil dan Intan yang bertemu jodoh melalui kenangan zaman kanak-kanak mereka iaitu ketika bermain konda-kondi.
Baca
Arm Wrestling
Fathi,Seorang mangsa buli yang bertekad untuk menjadi lebih kuat dengan menyertai pertandingan arm wrestling peringkat asrama. Dia berlatih dengan rakan yang memiliki kekuatan luar biasa untuk menjadi juara dalam pertandingan itu..
Baca
Bebas
Areesa berhenti daripada kumpulan olahraga sekolahnya kerana kecederaannya yang agak parah di sebuah pertandingan yang telah dilangsungkan 2 tahun lalu.Setiap petang dia hanya mampu melihat ahli kelab olahraga yang lain berlari,bersenam dan merasakan kebebasan.Aniq yang berasa kasihan terhadap Areesa ingin membantunya merasakan kebebasan yang dia ingini.
Baca
Motivasi
Seekor kucing gemok yang selalu diperlekehkan oleh binatang lain disebabkan oleh perasaan minatnya kepada badminton.
Baca
Ragbi Sukri
Menceritakan pengalaman pelajar yang nakal yang bernama Sukri terjebak dalam sukan ragbi sekolahnya,
Baca
Sir!
Fakhru terhutang budi kepada Sir kerana menyelamatkan dia dari pembuli jalanan dan Fakhru berusaha untuk balas jasa Sir!.
Baca
Harapan
Hana,seorang pelajar yang selalu dibuli sejak kecil kerana sikapnya yang pendiam dianggap sombong oleh masyarakat tetapi seorang budak lelaki sering membantunya dan terima hana seadanya.Adakah masih ada harapan untuk Hana berubah?
Baca
Harapan Baru
Mengisahkan seorang lelaki bernama Naufal yang berputus asa kerana mengalami kekalahan dan mengekspresikan kemarahannya dengan cara yang salah. Namun, apakah Naufal akan terus berputus asa?
Baca
Pasukan?
Dua orang kapten hoki yang mengetuai pasukan milik mereka dengan cara berbeza bertemu di pertandingan hoki peringkat daerah. Pasukan siapa yang akan mengecapi kemenangan?
Baca
Pancaragam Untukmu
Mengisahkan duka lara sekumpulan ahli pancaragam bersama instruktor mereka
Baca
Impian Kami
Menceritakan dua orang watak utama iaitu Aiman dan Teo Chi yang saling bekerjasama untuk mencapai impian mereka iaitu untuk ke Sukan SEA .
Baca
Halangan
Zaki telah mengalami kemalangan pada perlumbaan moto gp kali ke-9 .Dia telah berputus asa kerana para penganjur tidak mengenakan tindakkan kepada ryder yang menendang motor zaki pada pusingan terakhir.Namun pada beberapa tahun kemudian zaki telah dicabar semula oleh ryder untuk berlumba.Adakah zaki akan berlumba semula?
Baca
Hati
Kisah seorang murid yang becita-cita untuk menjadi pemain takraw kebangsaan. Tetapi bukan latihan yang keras sahaja yang menentukannya.
Baca
SAIGON’17- Kami Telah Kesana
Kamil adalah seorang pelajar dari kumpulan rombongan pelajar pasca-siswazah dari Fakulti Pendidikan UiTM Puncak Alam yang datang ke Saigon, Vietnam bagi tujuan lawatan sambil belajar telah mencuba suatu sukan tradisional yang bernama Da Cau yang seakan-akan permainan tradisional Malaysia iaitu Chapteh bersama rakannya Pok Din dan Dini ketika berjalan-jalan di Saigon Central Market. Berlaku perlbagai kejadian lucu dan dramatik berlaku ketika mereka bermain Da Cau itu. Akhirnya berlaku suatu kemalangan yang melucukan hanya berpunca dari jelingan dan pandangan seorang gadis Saigon yang melihat Kamil bermain permainan unik Negara Vietnam itu.
Baca
Hikayat Topeng Kilat
Kisah keinginan seorang kanak-kanak perempuan bermain baling selipar yang didominasi budak lelaki.
Baca
1 Pasukan
Bola lisut adalah permainan berpasukan, bagaimanakah farid ingin bermain kalau pelajar lain tiada minat untuk bermain dalam pasukan mereka kerana tragedi yang menimpa ahli pasukan lama?
Baca
Budak Bidak
Mei Mei seorang yang tak nak kalah. Hal ini menjadikannya serik untuk bermain permainan karom. Suatu hari, rumah asuhan Mei Mei dikunjungi NGO yang mengadakan program jalinan kasih dengan kanak-kanak. Seorang fasilitator program tersebut, Faris, membawa papan karom untuk bermain bersama-sama kanak-kanak di sana.
Baca
Kenangan
Mengisahkan seorang bapa yang menceritakan kembali pengalamannya semasa bermain sukan sofbol
Baca
Syarat
Izzad merupakan pelajar tahun dua di sebuah universiti tempatan di utara Malaysia. Dia merupakan salah seorang pemain bola keranjang dalam pasukan di universitinya. Tetapi, Izzad sudah mula berputus asa dengan dirinya sendiri yang dirasakan sudah tidak lagi mampu untuk berubah menjadi pemain bola keranjang yang lebih baik. Namun, niatnya untuk tarik diri daripada pasukan bola keranjang tidak diterima oleh pemain-pemain senior pasukannya, tidak dengan SYARAT.
Baca
REEH
Diyana, seorang pelajar jurusan senibina mendapat tugasan untuk mereka sebuah pusat sukan. Malangnya, dia langsung tidak suka untuk bersukan! Untungnya, sahabat karibnya, Ilham mempunyai rancangan lain untuk menaikkan semangatnya.
Baca
Tawakal
Mengisahkan seorang remaja yang gigih berusaha untuk meraih kemenangan sehingga lupa akan Penciptanya, Allah.
Baca
Speedster
Seorang wartawan sukan bernama Shah yang diberikan tugasan membuat liputan berkenaan Sukan GRAVITY RACE, akan tetapi pada mulanya dia tidak berasa gembira mendapat tugasan tersebut. Namun, pada akhir perlumbaan itu dia telah berubah pendapat...
Baca
Heart Spike
Siti Humairah,seorang pelajar sekolah agama yang bermain bola tampar menganggap bahawa peraturan agama sangat menyusahkan dia untuk bermain bola tampar dengan baik, sehingga suatu hari, ada seorang jejaka yang menegurnya. Apa akan jadi kepada Humairah?
Baca
Abangku Pemain Hoki
Seorang abang yang bernama Farizal sanggup berkorban bermain hoki tetapi pengorbanannya tidak beberapa nampak oleh masyarakat. Adiknya, Naim sahaja yang nampak pengorbanannya. Naim tertanya-tanya mengapa abangnya masih bermain hoki sedangkan ramai orang tidak mengenalinya dan menghargainya.
Baca
Selayang Pandang
Kadang-kadang dengan mengimbas kembali kenangan manis dapat menjadi terapi kepada seseorang yang berada dalam kemurungan kembali pulih dan bersemangat.
Baca