Thoriq & Furqan
Thoriq merupakan murid sekolah rendah berusia 10 tahun yang sangat meminati komik dan seni lukisan. Adikuasa Malaysia ialah karya pertamanya yang dihasilkan bersama-sama adiknya, hasil gabungan imaginasi dan minat mereka terhadap penceritaan visual. Penyertaan ini juga merupakan pengalaman pertamanya menyertai pertandingan melukis komik. Furqan juga merupakan murid sekolah rendah berusia 7 tahun yang menyertai pertandingan ini kerana terinspirasi oleh abangnya. Adikuasa Malaysia ialah karya komik pertamanya yang dihasilkan melalui gabungan idea, lukisan, dan kreativiti bersama abangnya. Pengalaman ini menjadi satu kenangan istimewa buat kedua-dua adik-beradik dalam menghasilkan karya bersama.