Database Penggiat Komik Malaysia
Ini adalah sebuah projek komuniti yang mana untuk mengumpulkan individu-individu yang terlibat dalam bidang komik di satu platform. Database ini akan dapat diakses secara PERCUMA melalui Aplikasi yang sedang dalam pembinaan. Ia akan menjadi rujukan kepada umum serta juga mendapat kebaikan bersama.
Sudah tiba masanya untuk kita bergerak bersama-sama untuk memajukan bidang komik ini.
Kenapa perlu ada database?
- Boleh dijadikan bahan rujukan oleh pengkaji atau ilmuan tentang bidang komik di Malaysia.
- Memudahkan penerbit mencari artis komik tempatan untuk bekerjasama. Contohnya dalam hal penghasilan illustrasi kulit buku/komik.
- Lambang penyatuan artis komik Malaysia. "Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.."
Muat turun Aplikasi DBkomik
Akan datang di
Percuma
Boleh muat turun secara percuma di google play .Storan Awan
Data dapat diakses melalui capaian internet secara mudah.Peluang
Memudahkan untuk publisher mencari artis komik untuk berkerjasama.Rangkaian
Dapat meluaskan jaringan perhubungan sesama artis komik.Daftar sekarang!
Anda seorang pelukis / penulis / colorist atau lain-lain yang berkaitan dengan bidang komik?. Mohon isi borang ini.
Tunggu habis page loading agar borang dapat dipaparkan.
NOTA : Database ini disimpan melalui storan awan akaun Google Drive milik Matkomik secara PERCUMA. Pun begitu database ini bukan hakmilik Matkomik. Ia adalah hasil perkongsian umum dari komuniti penggiat komik untuk masyarakat umum. Adalah menjadi kesalahan BESAR yang boleh dikenakan tindakan undang-undang jika menyalahgunakannya untuk tujuan keuntungan peribadi semata-mata atau seumpanya tanpa mendapat kebenaran dari pemilik nama tersebut. Bersama-samalah kita membantu menaikkan bidang komik ini.