Searching..




Pembaca Komik


Assalammualaikum

Selamat datang wesite Matkomik : Komuniti Komik Online Malaysia. Wesite ini memaparkan Komik Malaysia Percuma secara online dari pengkarya komik anak tempatan kita sendiri.

Pelbagai genre komik terdapat dalam blog ini, antaranya isu semasa, politik, lucu, misteri dan macam-macam lagi. Anda boleh baca mengikut kegemaran genre yang anda suka.

Pelukis komik ini terdiri daripada mereka yang profesional,semi amatur dan amatur dalam pelbagai lapangan bidang. Ada yang membuat komik sepenuh masa, dan ada juga membuat komik sebagai memenuhi tuntutan masa lapang serta hobi semata-mata.

Ya! sememangnya kita mempunyai ramai pelukis komik yang berbakat, malah ada yang berjaya sampai keluar negara. Jadi untuk itu,sebagai menunjukkan tanda sokongan anda sebagai Rakyat Malaysia yang sejati bacalah Komik tempatan Malaysia hanya di Matkomik. Lagipun ia percuma!!.


Setelah membaca, anda mempunyai hak untuk mengundi karya komik yang mana satu yang paling anda gemari. Tetapi INGAT! anda tidak boleh membuat lebih dari satu undian untuk komik yang anda baca. Sistem undian ini berdasarkan 'IP adress'internet anda yang berbeza-beza. Ini untuk menjaga keunikkan undian tersebut. Anda juga boleh membuat komen di akhir muka surat setiap halaman komik yang anda baca.

Setiap undian dan komen anda sungguh bermakna bagi pelukis komik tersebut, justeru itu berilah komen secara jujur dam berhemah. Tanpa anda, siapalah kami..

Akhir kata, mohon di war-warkan kepada rakan-rakan tentang blog ini,samada melalui media massa atau bualan seharian. Semoga usaha yang kecil ini dapat diberkati oleh Allah.

Wasalam
Sekian, Terima Kasih 

Matkomik
Komuniti Komik Online Malaysia
'Majulah Komik Malaysia Seantero Dunia'

Load comments
 



DISCLAIMER :No part of this website may be reproduced in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods without first obtaining permission from the comic artist or the admin of this website.
PENAFIAN :Tiada bahagian daripada website ini boleh diterbitkan semula dalam sebarang bentuk atau dengan apa-apa cara, termasuk fotokopi, rakaman, atau lain-lain kaedah elektronik atau mekanikal tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada pihak pelukis komik itu sendiri atau admin website ini.