Searching..




Siapa Matkomik



Assalammualaikum

Siapa Matkomik?

Mat Komik ialah kata terma yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia yang mana merujuk bahawa jika seseorang itu 'gila komik', 'kaki komik' atau 'pengemar komik'. Justeru itu 'Matkomik' digunakan sebagai nama rasmi laman website ini. 

Isi kandungan laman website ini, semuanya mengenai Komik Malaysia yang dihasilkan oleh anak tempatan sahaja. Dan yang paling penting anda boleh membacanya secara percuma!.

Tujuan utama website ini di wujudkan adalah sebagai 'platform' pengkarya komik tempatan sama ada amatur, semi amatur mahupun profesional memaparkan serta berkongsi cerita dalam bentuk komik dari pelbagai genre; drama/misteri/fantasi/aksi dan isu-isu semasa tanpa ada sekatan mahupun risau tentang jualan.

Matkomik juga dijadikan tempat simpanan/arkib untuk generasi yang akan datang. Segala isi kandungan laman blog ini akan kekal terus di 'cloud'  google selagimana ia terus ada.

Karya-karya di Matkomik lebih mementingkan mesej atau isi kandungan komik yang hendak disampaikan daripada gaya lukisan itu sendiri mahupun kecantikkan lukisan komik tersebut. Kerana seni itu bebas, dan setiap pembaca mempunyai intrapetasi berlainan tentang sesuatu karya itu. Jadi tidak perlukan kita bertelingkah tentang hal remeh temeh ini. Lebih baik memfokuskan bagaimana untuk memajukan dan membela Komik tempatan ini terus diminati dan segar mengikut peredaran zaman.

Akhir kata, mohon war-warkan kepada rakan anda tentang laman blog ini dan doakan supaya usaha yang kecil ini dapat diberkati oleh Allah.

Wasalam..

Sekian Terima Kasih,
Matkomik
Komuniti Komik Online Malaysia
Majulah Komik Malaysia Seantero Dunia!!




Klik Untuk Komen
 



PENEGASAN! :Tiada bahagian daripada website ini boleh diterbitkan semula dalam sebarang bentuk atau dengan apa-apa cara, termasuk fotokopi, rakaman, atau lain-lain kaedah elektronik atau mekanikal tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada pihak pelukis komik dan pengetahuan admin.