Searching..




Pelukis Komik


Assalammualaikum

Anda suka conteng menconteng setiap kali ada ruang kosong dihelaian kertas?, suka buat komik dan kemudian upload di media sosial?, berhasrat untuk terbitkan buku komik sendiri, tetapi tiada keyakinan untuk menghadapi realiti komik akan di 'rejek'?, ataupun anda pelukis komik profesional yang mahukan sesuatu lain dari kebiasaan yang pernah anda buat? Nah! anda datang tempat yang betul.

'Laman website Matkomik diwujudkan sebagai suatu wadah platform percuma untuk mengekpresikan karya secara bebas!.' Noktah!

Kami tidak akan menilai sesebuah karya komik itu dari segi kualiti lukisan/stroke mahupun genre anda. Pun begitu prinsip Matkomik, Mudah! iaitu mesej yang hendak disampaikan adalah lebih penting dari segalanya. Kerana setiap pembaca mempunyai berlainan intrapetasi tentang sesebuah karya. Inilah yang dipanggil Seni!. Jadi tidak perlulah kita bertelagah hal remeh temeh ini, kerana memajukan Komik Tempatan itu lebih penting.

Anda hanya perlu hantar komik melalui email kepada kami iaitu hai@matkomik.com.  Berkenaan cerita, genre, cara susun layout dan berapa helaian muka surat perlu dihasilkan?, itu terpulang kepada anda 100%. 

Sebelum itu, ada beberapa perkara perlu anda patuhi [Wajib!]

Anda boleh hasilkan komik tentang genre atau isu apapun, tetapi perlu diingati isi kandungan komik anda tidak akan menyentuh isu sensitiviti perkauman, keagamaan dan seumpamanya. Kita perlu kekalkan keharmonian Malaysia sekarang, yang mana tanggungjawab kita sebagai pelukis komik khususnya dan rakyat Malaysia umumnya. Ini sekaligus boleh menunjukkan kepada masyarakat di luar sana yang mana sering kali mempunyai pandangan negatif terhadap pelukis komik, bahawa sebenarnya pelukis komik ini seorang yang bertangungjawab!. 

Itu Sahaja! 

Berkaryalah secara berhemah dan tertib. Biarlah kita maju dengan acuan kita sendiri tak perlu ikut mengikuti orang luar yang sememangnya mengamalkan cara hidup yang berlainan dengan kita. Anda perlu kreatif! So?..Apa tunggu lagi! Hantar jek!. Kami sentiasa menanti karya-karya hebat anda!! 

Wasalam, 
Sekian Terima Kasih 

Matkomik 
Komuniti Komik Online Malaysia 
'Majulah Komik Malaysia Seantero Dunia'


Load comments
 



PENAFIAN! :Tiada bahagian daripada website ini boleh diterbitkan semula dalam sebarang bentuk atau dengan apa-apa cara, termasuk fotokopi, rakaman, atau lain-lain kaedah elektronik atau mekanikal tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada pihak pelukis komik itu sendiri atau admin website ini.